Sunday, February 28, 2010

Kematian Yang Membongkar Rahsia...

Bangkai gajah tak boleh ditutup dengan nyiru...kata pepatah melayu. Tapi kalau boleh ditutup dengan benda lain pun...lambat laun orang akan tahu.

25 Feb 2010 yang lepas mencatatkan satu lagi episod duka dalam lembaran sejarah masyarakat MELAYU ISLAM di Malaysia yang kebelakangan ini tak pernah sunyi dari menghiasi ruang akhbar tempatan dengan masalah sosial yang semakin meruncing.

Saban hari ada nyawa insan kecil yang belum mengenal erti hidup melayang angkara insan yang telah mengabaikan keimanan dan taqwanya kepada Yang Maha Esa. Kita hanya mampu bersedih membaca berita berkenaan...apa lagi yang mampu kita buat. Nak kita belasah sampai lembik orang yang buat angkara tu? Nanti kita pulak dituduh cuba membelakangkan undang2. Jadi...serahkan saja pada mereka yang ada authority...

Kisah kematian Allahyarham Syafiah Humairah Sahari, 3 tidak terhenti sebaik sahaja allahyarham dikebumikan, sebaliknya telah mendedahkan pulak kisah hubungan ibunya dengan orang yang telah membelasahnya. Memang sebelum ni pun aku agak ragu2 bila baca dalam paper yang mengatakan mak budak ni dah menjalin hubungan dengan boyfriend dia selama 6 tahun. Budak tu baru 3 tahun. Maknanya sebelum budak tu beranak lagi, dia dah ada affair dengan jantan tu.

Ye memang bapak budak tu sekarang dalam jail, dan mak budak tu cakap dia belum dilepaskan oleh laki dia tu. Aku tak pasti pulak berapa lama bapak dia dah dok dalam jail. Kalu dia dah masuk dalam jail sebelum Norhanim (mak Syafiah) menjalin hubungan dengan suspek tu (6 tahun dulu), macamana plak buleh dapat Syafiah yg baru umur 3 tahun tu?

Kalau dia masuk jail masa Shafiya dalam kandungan atau lepas Shafiya dilahirkan, maknanya Norhanim dah ada affair dengan suspek sebelum laki dia masuk jail. Walau macamana pun...mak dia tetap salah sebab ada affair dengan orang lain.

Lebih mengharukan dalam paper hari ni (1 Mac 2010), ada dinyatakan yang diorang dah menipu penduduk berhampiran yang diorang sebenarnya dah kawin. Bayangkan la, kalu dah dok skali, macam2 bole jadi...

Sebab tu la masa Syafiah dibelasah dek suspek tu, orang ramai dok tengok saja sebab ingat dia belasah anak sendiri. Tapi sepatutnya, x kira la anak sendiri ke..bukan ke...kalu nampak cara belasah tu macam melampau sangat, kena la tolong. Zaman sekarang ni dah tak ramai dah orang yang pandai menghargai 'rezki' yang Allah bagi.

Anak tu rezki. sebab bukan semua orang bole dapat anak. Ada yang bertahun2 kawin tapi x dapat2 anak. Sedih bila mengenangkan orang yang senang dapat anak tapi x pandai jaga dan didik anak.

Lagi sedih bila ada orang yang suka 'buat anak' secara haram, pastu bila dah jadi anak tu dibuang macam sampah dan dibunuh hidup2. Kalu zaman jahiliyah arab quraisy dulu anak pempuan je yang ditanam idup2. Tapi zaman yang kononnya moden kat Malaysia, laki pompuan sama je kena bunuh. Yang lebih2 menyedihkan kebanyakan yang buat adalah MELAYU yang majoritinya ISLAM...

Apa pun...Syafiyah dah terlepas dari kesengsaraan di dunia...sebagai seorang insan yang masih belum mumayiz...pastinya dia masih suci dari sebarang dosa...syurga sudah pasti untuknya...tapi mereka yang bertanggungjawab mendera Syafiah bakal menghadapi hukuman di dunia dan akhirat...

Al-Fatihah untuk Syafiah Humairah...

Sunday, February 21, 2010

MU kalah lagi....

Semua orang dah tau...hari sabtu lepas hari yang malang untuk team bola kegemaran aku...Man Utd...kalah 1-3 ngan Everton. Kekalahan tu memang aku jangka...tapi dia punya score tu yang aku tak jangka...



Tapi kalu tengok gaya Everton main hari tu...diorang memang deserve the win...mungkin kalu kena gayanya MU boleh dibelasah dengan lebih banyak gol. Bukan mustahil untuk Everton menang dengan MU, sebab diorang pun tengah dalam moral tinggi...maklumlah baru je hari tu menang dengan Chelsea...

Alasan Pak Alex, player letih...baru lepas main ngan AC Milan hari tu...mungkin la kot...tapi at least MU dah dapat rest sabtu lepas sebab tak terlibat dengan FA Cup, so Alex patut prepare player dia untuk 2 game yang tough tu...

Sekarang point difference dgn Chelsea dah jauh...dah 4 point. Esok MU akan lawan ngan West Ham lak. Walaupun main kat Old Trafford, tapi West Ham pun tengah dalam moral tinggi...baru lepas menang 3-0 ngan Hull. Kalu menang dengan West Ham, dapat la MU dekatkan skit jarak mata ngan Chelsea...dan harap2 jarak tu kekal kalu Chelsea lak kalah ngan Man City hari Sabtu ni.
Balik pada game sabtu lepas...tabik untuk Everton sebab dua gol diorang masa 2nd half disumbat oleh subsitutes...Gosling ngan Rodwell...MU punya subs...owen, obertan, scholes...hampeh...

Player Everton smua main penuh semangat...tak henti2 attack...tapi MU longlai je...
Ada orang kata sebab masa tu main sebelah petang yang masih panas...pastu masa 2nd half tu MU main kat belah yang ngadap matahari...tu yang teruk main tu...yeke?...sapa cakap tu? ntah la...

Wednesday, February 17, 2010

MU Selangkah ke QFinal UEFA Champions League

Malam tadi ada dua game 1st round kalah mati champions league dah berlangsung...

AC Milan (Ita) vs Man Utd (Eng)
Lyon (Fra) vs R Madrid (Esp)

Resultnya kat sini

Yang penting..."Setan Merah" ku menang...