Friday, May 14, 2010

Good Luck....


Tak lama je lagi lepas post ni dipublish skuad Piala Thomas negara kita akan berdepan dengan skuad China untuk merebut tempat ke final.

Seperti yang diramalkan memang kita akan lawan China, cuma yang tak tepatnya kita kena lawan China lebih awal iaitu masa semi final sedangkan kita mengharapkan untuk lawan China masa final.

Final atau semi final tak penting. Kalau memang ada rezki kita menang Piala Thomas tahun ni, jumpa la kat peringkat mana pun, kita tetap akan menang. So macamana peluang kita petang ni? Buleh ke kita bungkus China? Nak bungkus barangan buatan China mungkin boleh...

Tapi sebagai rakyat Malaysia, kita kena la sokong negara kita kan...dah negara kita masuk bertanding. Lain la macam World Cup yang negara kita tak layak tu...yang tu bole la kalu kita nak sokong England ke Argentina ke, dah negara kita takde.

Atas kertas memang nampak peluang negara kita nak menang agak susah. Betul2 yang kita bole harap pun cuma Chong Wei dengan Boon Heong dan Kien Kiat sebab dua2 tu adalah no 1 dalam kategori masing2. Lagi pun diorang ni la yang tak pernah miss bagi point pada team kita dalam setiap game.Choon Han, dah masuk kategori veteran. Fairuz dan Zakry, macam yoyo, ni pun tak tau la sama ada Zakry akan team up balik dengan Fairuz atau dengan Thien Haw macam masa lawan Denmark ari tu. Hafiz lagi satu misteri, lepas menang All-England 2003, terus menjunam. Tapi kalau hantu tahun 2003 tu tiba2 datang merasuk balik si Hafiz ni, kita ada harapan la skit.

Apa pun, kita tunggu la game ni nanti. Harap2 berkat hari Jumaat ni, bole la bagi tuah kat team kita. Kita mungkin x bole kalahkan China dengan 3-0. Sebab China pun so far x penah fail utk menang 3-0 dalam game2 sebelum ni. Ramalan aku, orang atau beregu yang akan bagi point pada team kita hari ini adalah sama dengan yang bagi point masa lawan Denmark... Malaysia Boleh.....!!! (Bole menang ke, boleh kalah, tak tau lagi...tapi kira dua2 bole laaaa...)

Wednesday, May 5, 2010

Pemaleh betul laaa...!!!

Sapa pemaleh tu? aku le sapa lagi...Maleh nak mengupdate blog ni...bukan maleh apa. Tapi takpe la kan sebab aku pun bukan penulis blog tegar...follower pun tak ramai...tulis pun ikut dan je...tak macam my sweetheart yang selalu rajin update blognya...bukan satu...tapi 2 blog, termasuk blog cekelatnya...dah tu siap bukak, baca dan komen blog follower2 dia.

Nak kata dia banyak masa sebab dia x keja? ye memang dia x keje, tapi dia x keje macam orang lain yang keje opis gaji cukup bulan...dia keje dengan diri sendiri...sendiri jadi bos...sendiri jadi kuli...dan x lupa gak keje wajib dia menguruskan rumah tangga dan anak2 (buah). For me, she is the wonderful wonder woman...iron lady dan apa2 je la panggilan yang sesuai untuk wanita2 yang gagah perkasa ni...

Kesimpulannya...sapa2 yang ada blog tu rajin2 la tulis blog... Tapi jangan la salah gunakan blog untuk pecah belahkan masyarakat. gunakan la saluran blog ni untuk mengukuhkan ukhwah sesama Muslim dan berbaik2 dengan yang bukan Muslim. Sebab tu la aku tak berapa berani nak tulis benda2 yang sensitif dalam blog aku. Balik2 cerita pasal sukan je...sebab aku memang tak berapa nak cerita sangat pasal diri aku...aku suka cerita apa yang berlaku di sekeliling...

Kalau nak tau apa aku buat, mana aku pegi, baca je blog bini aku, lagi sedap dia citer. tapi tengok gak la kalu ada apa2 pasal diri aku yang bole share dengan korang, aku bubuh la kan....

Monday, March 29, 2010

Been Denied for the 300...why?

I have received a letter from the Institution of Engineer Malaysia (IEM) which approved my application to be registered as a graduate member of IEM, which also allow me to use the title of Engr in front of my name. According to some of my friends and some senior brothers, i am also eligible to receive monthly technical allowances of rm300 for being IEM member.

The main reason of joining the institution is just to make an early step of pursuing the title of Ir. But if i was eligible for the allowance, why not trying to get it?

So I've submit my application to EME Directorate to be forwarded to HR Dept. But the feedback i received really disappoint me. The application have been rejected because my degree is just an entrance qualification. meaning that i am not eligible because the degree was awarded before i join the service.

This matter is confusing me. If i am not eligible because of the status of my degree...why others are eligible for just being the IEM member? They were also graduated before joining the services and i'm also IEM member. I will fight this matter with those who may concern...and if i'm still not eligible...those who already enjoying that 300 will have same fate as me...

bukan nak dengki...cuma nak kan keadilan je...aku x kisah kalau alasan penolakan tu disebabkan kerajaan dah xde duit untuk sebarang tambahan elaun kepada kakitangannya, tapi setakat 300 untuk aku sorang apa la sangat...3.6k je setahun...

Sunday, March 28, 2010

EPL makin sengit....

Baru je berkira-kira nak kutuk Chelsea lepas diorang cuma mampu seri dengan Blackburn minggu lepas...tiba-tiba je plak hari Sabtu lepas Chelsea jadi singa lapar yang dah seminggu tak makan dengan membelasah Aston Villa 7-1. Kalau yang dibelasah tu Portsmouth atau Hull mungkin aku tak berapa heran sangat...tapi...Aston Villa.!!

Semua orang tau Aston Villa bukan senang2 nak dikalahkan, jadi bila tengok keputusan tu, aku pun konpius...adakah Chelsea memang kuat gila, atau Villa yang main tahapahapa... Ye memang aku tak tengok game tu...sebab aku ada kat kampung...umah bapak aku ada astro tapi tak ada sport package...Umah aku pun xde gak..hahahah so kalu aku ada kat umah pun tak tengok gak...lagi pun sebab Chelsea yang main kan...kalu MU yang main memang aku akan usahakan untuk tengok di kedai mamak terdekat..

Game Chelsea lawan Villa sabtu lepas tu berlangsung awal sket sebelum game MU lawan Bolton. Jadi selepas tengok Chelsea belasah Villa sampai 7-1 di Stamford Bridge adakah semangat player MU jadi luntur? Tidak sama sekali...walaupun MU main kat Reebok Stadium, MU masih mampu membelasah Bolton 4-0. Sekarang dua2 team dah mengharungi 32 game dengan MU cuma leading Chelsea 1 point je.

Agak malang untuk Arsenal sebab hanya mampu seri dengan Birmingham, menyebabkan diorang sekarang 3 mata di belakang Chelsea dan 4 mata di belakang MU. Tapi secara matematiknya, diorang belum terkeluar lagi dari perebutan juara liga.

Keputusan perlawanan Sabtu lepas sekadar membuatkan aku tak sabar2 menunggu game MU-Chelsea sabtu ni. Macam biasa lokasinya ialah di Restoran Siti Ramizah Maju, Taipan Senawang. Kalu ikut masa perlawanan lebih kurang pukul 12.45 (GMT) kira pukul 10.45 waktu malaysia la kot...bole la...tak la lewat sangat...

Kalu menang, confirm MU champion, tapi kalu Chelsea yang menang...tak tentu lagi Chelsea champion...ngeh..ngeh..ngeh...

Monday, March 22, 2010

Sibuk laaa...

Semalam MU menang ngan Liverpool...tapi aku x sempat nak buat post baru pasal tu. Tunggu la esok kalau free...sesi ngutuk Chelsea akan berlangsung...

Thursday, March 18, 2010

Mesti Tonton Tahun Ni...

Beberapa minggu lopeh aku gi tengok movie dengan Nowwa tercinta, cerita Percy Jackson dan Pencuri Petir. Ceritanya pasal anak tuhan orang Greek la kan...ala yang nama Zeus la, Poseidon la semua tu. Aku pun mula tau pasal nama tuhan greek ni pun  masa dok gila main game Age of Mythology dulu...

Kononnya dalam cerita tu, masa zaman moden ni tuhan2 greek tu masih ada lagi. Dah tu plak masing2 siap boleh buat anak lagi dengan manusia. Tapi diorang tak bole jumpa pun anak2 diorang tu, cuma bole bagi bisikan je bagi nasihat ke, bagi guide kalu ada masalah ke. Tapi budak2 yang demi-god ni  ada la kelebihan masing2. Yang si Percy Jackson ni sebab dia anak Poseidon, tuhan air, maka dia bole duduk menyelam dalam air lama2, pastu kalu dia sakit ke luka ke, sentuh air je dia bole baik. Pastu kalu dia sentuh air pastu tangan sebelah lagi sentuh orang yang sakit, orang tu pun bole baik.

Tapi aku bukan nak cerita pasal citer Percy Jackson ni, aku nak cerita pasal cerita Clash of The Titans...hahaha...mesti ramai yang tertunggu2 citer ni kan? termasuk la aku..Cerita ni pun lebih kurang macam cerita Percy Jackson tu jugak la. Tapi yang ni cerita pasal Perseus, anak Zeus pulak. Pastu dia berlatar belakangkan zaman greek kuno tu, bukan zaman moden. Cerita ni pernah dibuat dulu...dalam tahun 1981. masa tu aku memang tak tahu apa la...baru 3 tahun.
 Clash of the Titans (1981)

Clash of the Titans (2010)

Aku tak sabar2 sangat nak tengok cerita ni sebab aku memang suka tengok cerita yang berlatar belakangkan zaman2 purba macam tu la, zaman orang dok berperang guna pedang, lembing ngan panah ni. so cerita2 macam Gladiator, Kingdom of Heaven, Troy, 300 dan banyak lagi tu, memang cerita kegemaran aku la tu.

Antara pelakon dalam cerita ni ialah Sam Worthington (sebagai Perseus atau anak Zeus), Liam Neeson (sebagai Zeus) dan Ralph Fiennes (sebagai Hades). Cerita ni akan mula ditayangkan pada 2 April 2010, tapi tak tau la kat Malaysia bila startnya....yang penting cerita ni aku mesti tengok kat cinema dan bukan kat DVD. Tapi kalau ceritanya memang best dan berbaloi tengok banyak kali, baru la aku beli dvd dia plak untuk dilayan di Nowwa's 32" Samsung LCD TV...

Kalu nak tengok trailer cerita ni, tengok la kat sini...

Tuesday, March 16, 2010

Parlimen...Apa Cerita Pulak Kali ni


Semalam DYMM SPB Agong dah merasmikan persidangan Dewan Rakyat yang ke 12 penggal yang ke-3. Mesti ramai yang tertunggu2 apa pulak yang nak terjadi masa perbahasan parlimen tu nanti. Kena pulak persidangan kali ada sikit perubahan dari segi keahlian wakil rakyatnya apabila ada pertambahan wakil rakyat bebas. Pastu lak ex wakil rakyat PKR Zulkifli Noordin cakap akan ada berlaku kejutan masa persidangan tu nanti. Aku pun tak tau nak ramal apa yang berlaku. Selama ni pun aku tak berapa ambik pusing sangat pasal politik kat negara ni. Bukan tak prihatin...cuma malas je...hahahah.


Aku takde harapkan apa, cuma kalau bole, biar la persidangan kali ni lebih memperlihatkan kematangan para wakil rakyat semasa berbahas. Tak nak la ada yang bergaduh, mengata orang sana, mengata orang sini. Tunjukkan la kredibiliti masing-masing selaku wakil rakyat. Tak kira la pencadang ke pembangkang ke. Eh tu macam pertandingan bahas pulak.Maksud aku kerajaan atau pembangkang la.


Kepada wakil2 rakyat kerajaan terutama Menteri dan timbalan masing2, buat la persediaan untuk jawab soalan2 dari wakil rakyat yang lain. Jangan la pulak absent. Apa yang diorang tanya tu adalah apa yang rakyat tanya kat diorang. Kepada wakil rakyat pembangkang pulak, tanya la benda2 yang betul2 melibatkan masalah rakyat. Jangan la tanya benda2 yang menimbulkan isu sensitif. Gunakan peluang jadi pembangkang untuk pastikan apa yang kerajaan buat betul2 bermanfaat untuk rakyat.


Peranan pembangkang bukannya pikir macamana nak tumbangkan kerajaan sekarang, tapi untuk memastikan kerajaan sekarang mentadbir dengan jujur dan amanah. Sekarang dah ramai pembangkang kat parlimen, jadi guna la peluang tu untuk bangkang apa yang tak betul. Memang la anda adalah wakil rakyat pembangkang, tapi bukan semua benda anda kena bangkang. Sebagai orang-orang yang bijaksana (kalau tak bijak tentu anda semua tak dipilih jadi wakil rakyat, dan harap2 anda memang betul2 bijak), anda tentu boleh menilai perkara yang betul dan tak betul.

Elakkan la berbahas pasal benda yang tak melibatkan kepentingan rakyat contohnya macam kes liwat Ketua Pembangkang yang masih dalam perbicaraan. Atau cerita pasal wakil rakyat keluar parti ke, cerita wakil rakyat kahwin artis ke (hahaha...bertuah badan Bung Mokhtar...congrats anyway), apa-apa aje la. Yang tu semua contoh aje...

Ok la apa2 hal pun untuk semua wakil rakyat, selamat bersidang...

Monday, March 15, 2010

Congrats Dato' Lee & Setan Merah...

Mula-mula tima kasih dulu kat RTM sebab buat siaran langsung final All England semalam...memang la Astro pun ada...tapi aku tak subscribe package sport astro sebab mengenangkan channel2 dia aku tak tengok sangat...bila ada live bola baru tengok...tu pun kalau melibatkan MU dan kalau start lawan sebelum pukul 12 malam. Bergantung gak kalu takde rancangan kat channel lain yang bini aku nak tengok...biasa la orang sayang bini...kena la beralah...heheh

Tak lupa gak aku nak ucap tima kasih pada "abang" kerana jadi follower aku yang ke-2 selepas my dearest Nowwa. Aik baru 2 orang je? Jadi la...aku pun tulis blog pun takde la beria sangat. Takde orang follow aku tak kisah...ada orang follow, tq very much, sapa yang follow blog aku, aku pun akan follow blog dia. Jadi sekarang aku pun dah jadi salah sorang follower blog abang yang dah mencapai 50 orang.

Cerita Dato' Lee
Masih lagi cerita aku kali ni berkisar pasal All England, dan macam yang semua orang tau, Dato' Lee, wakil tunggal kita kat final telah berjaya membuktikan status dia sebagai World No. 1 selepas menang dengan Giant Killer dari Jepun...Kenichi Tago 21-19, 21-19.

Sapa-sapa yang tengok game semalam mesti mengaku kenapa ramai jaguh lain yang berentap dengan dia dalam perlawanan terdahulu tersungkur termasuk 2 jaguh China, Chunlai ngan Chen Jin. Memang dia sorang player yang liat. Aku pun dapat rasakan Dato' Lee pun agak runsing berdepan dengan player ni. Antara kekuatan Kenichi ialah dia muda dan agresif. Lagipun dia takde pressure. Kalu dia tak menang pun dia tak rugi apa. Tapi Dato' Lee memang takde pilihan lain. Kalau sebelum ni dia rasa Lin Dan adalah penghalang dia dalam kebanyakan final, kali ni dia patut rasa lega sebab bukan Lin Dan yang dia jumpa. Tapi dia masih gak tak boleh rasa lega sebab yang dia kena lawan final kali ni walaupun bukan Lin Dan, tapi orang yang telah kalahkan orang yang pernah kalahkan Lin Dan (Chunlai).

Kalau kalah memang Dato' Lee akan tertekan la, sebab kalah dengan player yang orang tak berapa terkenal pada ketika dia bergelar World No.1. Tapi ternyata, pengalaman banyak berpihak pada Dato' Lee dan dibantu gak sedikit nasib. Tengok je la resultnya...betapa peritnya Dato' Lee nak menang walaupun straight set. Apa2 hal pun tahniah Dato' Lee...

Cerita Setan Merah

Pada hari yang sama dan di negara yang sama, team bola faveret aku, Setan Merah telah berjaya merampas balik kedudukan teratas Barclays Premier League daripada Chelsea selepas menang 3-0 dengan Fulham kat Old Trafford.

Sekali lagi penyerang berbisa MU, Rooney mengganas lagi dengan dua lagi gol. Harapan cerah untuk Rooney jadi top scorer musim ni. Setakat ni je dia dah sumbat 25 gol dalam liga lebih 4 gol dari Drogba kat tempat ke-2. Satu lagi gol MU disumbat oleh Berbatov.

Nampak gayanya persaingan merebut kejuaraan antara MU, Chelsea dengan Arsenal makin sengit. mungkin pemenang hanya boleh diketahui masa perlawanan terakhir liga nanti. Aku tak berapa kisah sangat kalau Arsenal menang liga, sebab Arsenal pun salah satu team pilihan aku selain MU dan Liverpool, sebab aku adalah Die Hard Fan Arsenal, Die Harder Fan Liverpool dan Die Hardest Fan MU. Kenapa aku tak berapa minat Chelsea, sebab aku tak berapa sukakan owner dia, Roman Abramovich yang manjang nak tuka manager bila orang tu tak mencapai apa dia nak.

Tengok macam Arsenal, berapa lama dia simpan Wenger walaupun lama Arsenal tak menang piala. sekurang-kurangnya Arsenal konsisten, sentiasa duduk dalam top 4. Liverpool plak sebenarnya dulu kelab faveret aku no.1. Tapi semenjak diorang tuka penaja jersi diorang kepada Carlsberg menyebabkan aku dah tak boleh nak beli dan pakai jersi diorang lagi, tu yang sekarang MU jadi faveret no.1. Lagipun prestasi Liverpool dalam 10 tahun kebelakangan ni tak sebaik MU.

Mesti Ronaldo sekarang tengah menyesal sebab keluar dari MU. Ketika MU bergumbira layak ke quarter final Champions League, Real Madrid lak malu tak terkata lepas disingkirkan oleh Lyon....Hahahah

Saturday, March 13, 2010

Tinggal Lato' Lee Je...

All England dah masuk ke peringkat separuh akhir...nasib baik masih ada lagi wakil kita...Dato' Lee la...sapa lagi...as lagi 2 beregu kita masing2 dah tersungkur masa quarter final pada lawan masing2 yang memang tak sapa bole nafikan kehebatan diorang.

Dato' Lee kalu tak menang mana quarter final semalam memang saja je la nak cari pasal as pemain dia lawan semalam memang tak berapa dikenali...oleh aku...tak tau la kalu korang kenal...heheheh.

Tapi nampaknya Dato' Lee agak sedih sikit sebab walaupun dia berjaya masuk ke final nanti pun, dia takkan dapat lawan Lin Dan sebab Lin Dan dah dibungkuskan oleh pemain China gak, Bao Chunlai semalam. Dan semi final untuk men single tahun ni nampaknya terdiri daripada 4 pemain dari negara yang berbeza. Dato' Lee akan lawan Peter Hoeg Gade, Chunlai plak akan lawan giant killer daripada Jepun, Kenichi Tago. kenapa aku panggil dia giant killer? sebab dia dah bungkuskan Joachim Perrson  masa 2nd round dan Chen Jin masa quarter final.

By the way,masa aku tengah menaip post ni, Dato' Lee baru je melangkahkan kaki ke final setelah menang dengan Peter Gade 21-17, 21-14. Caya la Dato' Lee...mesti korang heran kenapa macam senang je Dato' Lee menang dengan Peter Gade...aku pun sama. Aku rasa sebab mungkin Peter Gade sedikit keletihan sebab korang tengok la semalam macamana dia lawan Taufik Hidayat, dah la main 3 set, pastu point pun x jauh 20-22,22-20,22-20. Tapi result antara Bao Chunlai dengan Kenichi Tago belum dapat lagi.

Memandangkan untuk kategori lain dah xde lagi player kita yang tinggal, aku pun dah tak berminat nak cerita...Harap2 Dato' Lee berjaya bawak balik kejuaraan All England Men Singles yang last sekali dibawak balik oleh Hafiz tahun 2003.

Thursday, March 11, 2010

All England, Champions League Update

All England

Ok dalam post semalam aku ada cerita skit pasal penglibatan badminton players kita dalam All England. So hari dah masuk hari ketiga All England, apa pulak ceritanya? Kalau semalam aku bagitau ada 3 player men singles kita dalam 1st round. Semalam dah pun selesai 1st round dan kesudahannya untuk 2nd round tinggal 2 je player kita, Datuk Lee dengan Hafiz.


Datuk Lee berjaya kalahkan Chetand Anand 21-15, 21-16 dan seperti dijangka akan lawan dengan Sony Dwi Kuncoro. Hafiz berjaya kalahkan Yu Hsing Hsieh 21-11,21-5 dan akan jumpa Lin Dan masa 2nd round. Masa ni peluang player untuk ke quarter final agak sukar diramal sebab Datuk Lee walaupun dia world no.1, tapi dia pernah kalah dengan Sony. So peluang untuk menang boleh kira 50:50 gak la. Hafiz, memang aku rasa takde sapa berani jamin dia boleh menang dengan Lin Dan yang walaupun bukan world no.1, tapi Datuk Lee pun banyak kali kalah dengan dia.

Kalau Datuk Lee berjaya kalahkan Sony, lawan dia masa quarter final bole kira senang sikit la, sama ada Chen Long dari China atau Wan Ho Shon dari Korea. Hafiz lak kalau menang dengan Lin Dan (kalau la kan), akan jumpa sama ada Park Sung Hwan atau Bao Chunlai pun bukan calang2 player gak.

Itu la update untuk men single, untuk women single agak menghampakan, satu-satunya player kita dalam 1st round, Wong Mew Choo sudah bungkus...kalah dengan Yanjiao Jiang dari China yang juga merupakan pilihan ke-3. Tak payah la bagitau berapa keputusan dia eh... Ada dua lagi sebenarnya player women single kita dalam All-England ni...Anita Raj dengan Lydia Cheah, tapi dua2 dah bungkus masa qualifying round.

Men's double agak mengecewakan bila beregu harapan, Kien Kiat/Boon Heong bungkus masa 1st round selepas kalah pada Lars Paaske/Jonas Rasmusen. So kita sekarang terpaksa berharap pada beregu veteran Tan Fook/Wan Wah yang menang dengan Hung Ling Chen/Yu Lang Lin dari Taiwan dan beregu junior...tak junior sangat la diorang ni dah selalu gak wakil negara...Gan Teik Chai/Tan Bin Shen yang menang dengan Yohan Hadikusomo Wiratama/Wai Hong Wong dari Hong Kong.

Tan Fook/Wan Wah akan jumpa Gun Woo Cho/Yi Goo Kwon dari Korea...nama pun macam tak biasa dengar...harap2 boleh 'dimakan'. Teik Chai/Bin Shen akan lawan dengan Chai Biao/Zhang Nan...walaupun nama diorang ni pun aku tak biasa dengar dan macam roti nan je bunyinya...tak semestinya diorang ni boleh dimakan dengan mudah sebab diorang adalah dari China.

Women's double lebih menyedihkan...udah le ada satu beregu je wakil, dah pun bungkus masa 1st round. Beregu harapan kita tu (Eei Hui/Pei Tty) kalah dengan beregu Indon...malas la nak sebut nama sebab tak berapa kenal...Mix double pun lebih kurang la...tak payah la sebut sapa wakil kita, yang pastinya dua2 beregu dah bungkus di 1st round lagi...So tinggal 2 single dan 2 double je la lagi yang masih mengibarkan Jalur Gemilang kita...hari ni tak tau lagi apa sudahnya...

MU GANYANG MILAN 4-0

Puas hati aku...walaupun aku tak tengok game tu semalam tapi dapat la tengok highlight kat sini.
Kalau dapat tengok semalam mesti best giler...So sekarang Setan Merah masih dalam laluan untuk menang 3 piala musim ni...satu dah dapat, ada lagi 2.

Gol-gol MU dijaringkan oleh Rooney (min 13,46), Ji Sung (min 59) dan Fletcher (min 88)

Tuesday, March 9, 2010

All England ke 100...Apa Nasib Kita..?


Hari ni nak cerita pasal badminton la pulak...haha...memandangkan sekarang kat England tengah berlangsungnya Kejohanan Badminton All England yang ke 100. Perrgh dah seratus kali dah ye...mana tak nya, dah tiap2 tahun ada...kejap je la dah 100 kali.

So sebagai salah satu negara yang boleh dikatakan handal la jugak dalam badminton ni, kita pun tak ketinggalan menyertainya...Sapa player kita yang terlibat dalam All England kali ni? Untuk men single kita ada macam biasa Dato Lee Chong Wei, Wong Choon Han, Hafiz Hashim ngan sorang lagi yang nama Chong Wei gak...Chong Wei Feng. Mungkin dia ada bau2 bacang dengan Dato' Lee Chong Wei agaknya. Daripada semua tu Chong Wei Feng je yang kena main qualifying round dulu sebelum boleh masuk ke 1st round. Tapi dia dah pun bungkus lepas kalah pada player Denmark, Christian Lind Thomsen 15-21,20-22. So yang tinggal untuk Men Single 1st Round:

Lee Chong Wei lwn Chetand Anand (Ind) - kalau menang mungkin lawan Sony Dwi Kuncoro (Indon)
Wong Choon Han lwn Simon Santoso (Indon) - kalau menang mungkin lawan Peter Hoeg Gade (Den)
Hafiz lwn Yu Hsing Hsieh (Taiwan) - kalau menang mungkin lawan Lin Dan (hahahahabis lah)

Dalam tiga2 orang ni mungkin hanya Dato' Lee je la yang boleh diharap...Choon Han dah tua...oop veteran...Hafiz...ntah la lately banyak turun dari naik. Ye memang dia penah menang All England ni dulu...dulu tau dulu...lama punya cerita...sekarang...susah mau cerita...kena plak lawan Lin Dan kalu lepas 1st round...lagi laa...

Untuk hari ni aku cerita pasal men single je la dulu eh...since tournament ni pun ada 4-5 hari lagi.. Ada keja skit la nak buat...ni pun curi2 time keja tulis post ni... kat umah kang mana ada masa nak nulis ni...kena la spend masa ngan family kan...sebelum tido dengan anak2...masa nak tido dengan mak nya pulak...

Apa pun semoga angka 100 pada All England tahun ni bagi tuah pada player kita... Harap2 ada la yang bejaya menang mana2 kategori...

Monday, March 8, 2010

Askar Betul Kalahkan Askar 3D

 VS

Kisah ni merupakan kesinambungan daripada kisah sepasang suami isteri yang telah berpisah beberapa tahun dulu...

Si isteri telah menubuhkan sepasukan askar yang terdiri dari beberapa orang manusia tulin manakala si suami telah menubuhkan askar yang terdiri dari makhluk2 berwarna biru yang dihasilkan dari grafik komputer..

Kedua2 bekas pasangan suami isteri ni yang juga dikenali sebagai Encik JC dan Puan KB masing2 sedang bersaing untuk merebut anugerah askar terbaik. Jadi masing sibuk melobi askar masing2. Banyak orang rasa askar En JC akan menang sebab askar dia lain dari yang lain manakala askar Puan KB plak lebih kurang sama je macam askar2 biasa.

Akhirnya pada 7 Mac 2010 yang lalu keputusannya pun diumumkan...Puan KB dan askar2nya telah dipilih sebagai pemenang...Siapakah Puan KB tu? X lain x bukan Katherin Bigelow, director citer The Hurt Locker yang menang award Best Director Oscar Academy hari tu...kalahkan ex husband dia, James Cameron...yang juga faveret untuk award tu...

Sebelum tu aku sendiri pun meramalkan Avatar akan menang...tapi sapa sangka...Ketherine Bigelow telah mencipta sejarah menjadi wanita pertama menang Best Director...Bukan setakat tu aje...udah le telepas hadiah best director, hadiah best motion picture pun x dapat kat Avatar...disapu gak dek Hurt Locker...

Keseluruhannya Hurt Locker menang 6 award...Avatar menang 3 je...

Kepada peminat2 Avatar jangan la kecewa...kita pun xtau camana best tak bestnya citer Hurt Locker tu, sebab x sampai lagi kat Malaysia ni..tapi memang kejutan la...sapa sangka kan?Lain2 kejutan rasanya xde kot...macam anugerah Best Actor pun dapat kat Jeff Bridges...(ingat dapat kat Clooney atau Freeman) tapi mungkin sebab Bridges yang penah belakon dlm Ironman sebagai Obadiah tu x penah menang academy award sebab tu diorang bagi kat dia kot... Best Actress dapat kat Sandra Bullock...aku rasa adil la...sebab Helen Mirren dgn Meryl Streep dah biasa dapat...Carey Mulligan ngan Gaby Sidebe baru lagi...banyak can lagi nak menang.

Kalu nak tengok result untuk lain2 kategori tengok je la kat sini ek...

Dalam post yang dulu aku penah comparekan anugerah academy ni dengan anugerah filem kita dalam bab pencalonan pelakon wanita terbaik. Sekarang aku nak comparekan tentang majlis dia tu plak...tengok pada perjalanan majlis tu pun dah cukup...pengacara dia sempoi je...xde buat lawak2 bodoh cuma lawak yang spontan dan simple tapi kelakar...

Artis2 yang terpilih untuk announce nama calon ngan pemenang pun semuanya bila kat depan audience cakap penuh konfiden dan xde merapu benda bukan2. xde nak tengok2 skrip pun. menunjukkan diorang memang profesional dan tahu pasal bidang yang dia ceburi...

Cuba tengok artis kita...kalu xde skrip...merapu la jawabnya...pastu buat lawak gelak sorang2..
Sama la macam yang menang award pun...artis kita bila diumum jadi pemenang terus jadi macam xtau nak cakap apa...bila cakap merapu2,macam x plan je...memang la kita x sure kita menang ke x, tapi once bila dah dicalonkan tu,ada la peluang nak menang..jangan pikir...'alaa aku ni artis baru...yang lain smua dah experience...mesti diorang yang menang'. x bole la macam tu, harapan kena ada...cuma jangan la terlalu mengharap...tapi preparation untuk ucapan kena ada. kena tau nak cakap tima kasih kat sapa...yang penting2 je la, takut kadang2 sebab terlampau happy ke nervous ke sampai telupa cakap tima kasih kat orang yang sepatutnya...Hehe...aku bukan nak memandai2...bagi cadangan je...kang ada yang kata aku ni plak yang melebih2

Pastu aku tengok academy award tu xde plak nyanyi2 (xtau la kalu ada, sebab yang aku tengok tu rakaman je...mungkin dia dah buang part2 yang ada nyanyi2...tapi xkan la kot) kalu kita punya, lepas satu kategori nyanyi, lepas satu kategori je nyanyi...tapi xpe la kalu nyanyian2 tu boleh menghilangkan kebosanan majlis...

Apa2 hal pun, aku ni bukannya nak mengagung2kan filem dan artis barat atau mengkondem karyawan seni tempatan...sebab aku ngan bini aku kira kaki wayang gak...so kitorang xnak la asyik nak menghabiskan duit layan citer2 hollywood je...nak gak mengkayakan produser2 filem kat Malaysia ni...tapi please la...buat citer yang bermoral skit...bukan xde citer2 melayu yang aku layan...citer2 Allahyarham Yasmin ngan Afdlin selalunya bole masyuk la ngan aku...ok jangan berhenti berkarya...dan berlakon la dengan jujur dan ikhlas...

Adioss...

Thursday, March 4, 2010

Academy Award vs FFM

Sebut pasal filem, kalau aku tanya kat korang suka cerita melayu ke hollywood, mesti ramai yang akan cakap hollywood. Kalau aku tanya diri sendiri pun aku akan cakap cerita hollywood.

Kenapa kita lagi suka tengok cerita2 mat salleh daripada cerita orang kita?mungkin salah satu faktornya cerita diorang memang best.di kalangan pelakon2 dia pun memang best2. bila aku bandingkan cerita orang putih dengan cerita melayu,aku rasa orang putih lebih mementingkan bakat sorang pelakon tu daripada rupa dia. Buktinya, kita boleh tengok dalam dua anugerah filem, Academy Award dengan Festival Film Malaysia. Aku amik contoh Academy Award yang akan berlangsung tak lama lagi dengan FFM 22 tahun lepas. Kita tengok pencalonan kategori pelakon wanita terbaik je untuk kedua2 anugerah

Academy Award 2010


FFM 22

Cuba bandingkan antara calon2 pelakon wanita terbaik dalam kedua2 anugerah tu, kita dapat tengok calon2 untuk Academy Award ada yang muda, yang tua dan ada gak sorang pompuan negro yang berbadan XXL. Tengok plak calon untuk FFM, boleh katakan semuanya muda2 dan slim2 belaka.

Bukan setakat FFM yang ni je,hampir kebanyakan FFM yang sebelum ni calon2 pelakon wanita terbaik adalah dari kategori yang macam tu. adakah pihak yang memilih calon2 ni memang jenis yang suka tengok perempuan2 muda dan slim je?atau memang pelakon2 yang muda dan slim ni je yang pandai berlakon kat malaysia ni? Betul ke diorang ni memang terer belakon? Dlm semua 5 orang tu kira semuanya dah biasa berlakon kecuali Heliza. tak salah aku dia baru 1st time berlakon filem...terus jadi calon untuk pelakon wanita terbaik. memang terer betul ke dia?

Mungkin dia memang boleh berlakon. Lagipun kita x bole salahkan pihak yang memilih calon2 pemenang ni. Bukan diorang sengaja nak pilih yang muda2 dan slim2. Tapi dah kebanyakan filem2 kita memang heroin dia semua yang muda2. mana ada lagi pelakon2 veteran jadi heroin? ada lagi ke sekarang nampak Azean Irdawaty atau Mak Mah jadi heroin? Takde dah...yang tua2 semua jadi supporting je...yang badan besar macam Enot dengan Adibah Noor pun mana ada pengarah yang nak bagi jadi heroin...pun sama gak pembantu je.
Kenapa agaknya tak ada filem2 kita yang nak mengetengahkan pelakon2 veteran dan saiz XXL jadi heroin? Takut filem tak laku? atau memang selera penggemar2 filem melayu ni, suka tengok heroin yang cun2 dan muda2 je?

Kenapa mat salleh yang heroin2 filem dia tua2 dan badan besar ada je orang tengok? tapi selalunya pun citer2 orang putih yang ada heroin dari kategori yang macam tu adalah citer2 yang agak berat, yang memang banyak bercakap daripada adegan tembak menembak, kejar mengejar atau bertumbuk. tapi ada orang yang layan citer macam tu dan faham apa yang citer tu nak sampaikan. dan sebab citer2 macam ni adalah citer2 dari kategori yang berat, watak dalam citer tu pun selalunya watak yang susah nak dibawak. so bila pelakon yang diberi watak tu berjaya membawa watak tu dengan baik, dapat la dia dicalonkan walaupun dah tua atau gemuk.

Memang aku kagum ngan Gaboury Sidebe tu. 1st time belakon trus dapat pencalonan academy award. kalau dia duduk kat malaysia ni, sampai ke sudah la tak merasa. Aku belum tengok pun lagi lakonan dia dalam citer Precious tu, abih dah citer tu pun tak sampai lagi kat Malaysia ni. Tapi kalau sampai pun belum tentu aku tengok lagi...heheheh. aku pun pilih2 gak citer nak tengok...Tapi sapa sangka la kan. Dalam sejarah Academy Award ada sorang je pompuan negro yang penah menang best actress ni.  tu pun sebab dia negro yang cun, sapa lagi kalu bukan Halle Berry.

So kesimpulannya...apa..? Korang simpulkan la sendiri...aku tulis je apa yang aku nak tulis, apa yang korang rasa aku nak sampaikan, terpulang la pada penilaian masing2. Sebab nak citer lebih2 aku bukannya pengkritik filem yang bertauliah. main kritik2 gitu2 je...Walau macamanapun masih ada dalam hati aku untuk tengok satu hari nanti ada citer melayu yang setanding dengan citer hollywood dan kalu bole tercalon sebagai filem asing terbaik dalam anugerah tu...

Tuesday, March 2, 2010

MU Juara Carling Cup

Walaupun citer ni satu dunia dah tau...tapi sebagai peminat MU aku nak buh gak dalam blog ni walaupun dah terlewat 2 hari...kalu citer MU kalah ngan Everton ada, xkan citer MU menang Carling Cup xde plak kan...

Walaupun MU dah terlepas Piala FA, sekurang2nya menang Carling Cup ni dapat mengubat skit hati yang lara... Bagi kebanyakan kelab dalam Premier League, Carling Cup ni mungkin bukan piala yang penting sangat. Tapi dia akan jadi penting bila peluang untuk menang piala2 lain dah terlepas.

FA England paham sangat perangai diorang tu sebab tu Carling Cup ni memang dirancang supaya selesai ketika pertandingan lain belum habis lagi...kononnya nakkan supaya semua team serius bila bertanding, sentiasa turunkan team terkuat tanpa perlu bergantung pada nasib diorang dalam pertandingan lain...bukannya cuma turunkan reserve team je sebab nak simpan key player utk game lain yang lebih penting.

Tapi selalunya team2 kuat macam 4 team yang kita dah sedia maklum tu...walaupun turunkan reserve team, masih kuat lagi...sebab tu diorang tak kisah sangat. Hanya bila diorang dah sampai quarter final ke atas baru diorang turunkan key player...

Aku memang happy gila MU menang Carling Cup...walaupun dah terlepas FA Cup tapi MU masih dalam saingan Premier League dan Champions League. 1st game sudden death round Champios League ari tu semua team England kalah kecuali MU..lebih best MU menang kat tempat lawan...lepas ni main kat Old Trafford harap2 menang lagi...

Sebelum final Carling Cup ari tu...aku memang risau gak kot2 MU kalah...sebab tu la aku x tengok game tu (faktor lain sebab xnak tido lambat...esoknya tu keja,takut bangun lambat lak..heheh)..esoknya tengok berita...MU menang yesss...! yang lawaknya Owen pun score...lawak la sebab dah berapa lama dia x score...pastu injured balik...tu tah berapa lama plak la berehat tu...bila la Alex nak beli player lain yang lasak skit...

Rooney dah makin ganas...sekarang dah minat score pakai kepala plak nampaknya...lately ni banyak score pakai header je... Valencia pun dah bole diharap...pakar cross...walaupun dia x macam Ronaldo yang bole cross dan boleh bawak bola sorang2 dari tepi sampai dalam penalty box, tapi dia selalu bagi cross yang cantik...

Kesimpulannya walaupun xde Ronaldo...MU tetap kuat...

Sunday, February 28, 2010

Kematian Yang Membongkar Rahsia...

Bangkai gajah tak boleh ditutup dengan nyiru...kata pepatah melayu. Tapi kalau boleh ditutup dengan benda lain pun...lambat laun orang akan tahu.

25 Feb 2010 yang lepas mencatatkan satu lagi episod duka dalam lembaran sejarah masyarakat MELAYU ISLAM di Malaysia yang kebelakangan ini tak pernah sunyi dari menghiasi ruang akhbar tempatan dengan masalah sosial yang semakin meruncing.

Saban hari ada nyawa insan kecil yang belum mengenal erti hidup melayang angkara insan yang telah mengabaikan keimanan dan taqwanya kepada Yang Maha Esa. Kita hanya mampu bersedih membaca berita berkenaan...apa lagi yang mampu kita buat. Nak kita belasah sampai lembik orang yang buat angkara tu? Nanti kita pulak dituduh cuba membelakangkan undang2. Jadi...serahkan saja pada mereka yang ada authority...

Kisah kematian Allahyarham Syafiah Humairah Sahari, 3 tidak terhenti sebaik sahaja allahyarham dikebumikan, sebaliknya telah mendedahkan pulak kisah hubungan ibunya dengan orang yang telah membelasahnya. Memang sebelum ni pun aku agak ragu2 bila baca dalam paper yang mengatakan mak budak ni dah menjalin hubungan dengan boyfriend dia selama 6 tahun. Budak tu baru 3 tahun. Maknanya sebelum budak tu beranak lagi, dia dah ada affair dengan jantan tu.

Ye memang bapak budak tu sekarang dalam jail, dan mak budak tu cakap dia belum dilepaskan oleh laki dia tu. Aku tak pasti pulak berapa lama bapak dia dah dok dalam jail. Kalu dia dah masuk dalam jail sebelum Norhanim (mak Syafiah) menjalin hubungan dengan suspek tu (6 tahun dulu), macamana plak buleh dapat Syafiah yg baru umur 3 tahun tu?

Kalau dia masuk jail masa Shafiya dalam kandungan atau lepas Shafiya dilahirkan, maknanya Norhanim dah ada affair dengan suspek sebelum laki dia masuk jail. Walau macamana pun...mak dia tetap salah sebab ada affair dengan orang lain.

Lebih mengharukan dalam paper hari ni (1 Mac 2010), ada dinyatakan yang diorang dah menipu penduduk berhampiran yang diorang sebenarnya dah kawin. Bayangkan la, kalu dah dok skali, macam2 bole jadi...

Sebab tu la masa Syafiah dibelasah dek suspek tu, orang ramai dok tengok saja sebab ingat dia belasah anak sendiri. Tapi sepatutnya, x kira la anak sendiri ke..bukan ke...kalu nampak cara belasah tu macam melampau sangat, kena la tolong. Zaman sekarang ni dah tak ramai dah orang yang pandai menghargai 'rezki' yang Allah bagi.

Anak tu rezki. sebab bukan semua orang bole dapat anak. Ada yang bertahun2 kawin tapi x dapat2 anak. Sedih bila mengenangkan orang yang senang dapat anak tapi x pandai jaga dan didik anak.

Lagi sedih bila ada orang yang suka 'buat anak' secara haram, pastu bila dah jadi anak tu dibuang macam sampah dan dibunuh hidup2. Kalu zaman jahiliyah arab quraisy dulu anak pempuan je yang ditanam idup2. Tapi zaman yang kononnya moden kat Malaysia, laki pompuan sama je kena bunuh. Yang lebih2 menyedihkan kebanyakan yang buat adalah MELAYU yang majoritinya ISLAM...

Apa pun...Syafiyah dah terlepas dari kesengsaraan di dunia...sebagai seorang insan yang masih belum mumayiz...pastinya dia masih suci dari sebarang dosa...syurga sudah pasti untuknya...tapi mereka yang bertanggungjawab mendera Syafiah bakal menghadapi hukuman di dunia dan akhirat...

Al-Fatihah untuk Syafiah Humairah...

Sunday, February 21, 2010

MU kalah lagi....

Semua orang dah tau...hari sabtu lepas hari yang malang untuk team bola kegemaran aku...Man Utd...kalah 1-3 ngan Everton. Kekalahan tu memang aku jangka...tapi dia punya score tu yang aku tak jangka...



Tapi kalu tengok gaya Everton main hari tu...diorang memang deserve the win...mungkin kalu kena gayanya MU boleh dibelasah dengan lebih banyak gol. Bukan mustahil untuk Everton menang dengan MU, sebab diorang pun tengah dalam moral tinggi...maklumlah baru je hari tu menang dengan Chelsea...

Alasan Pak Alex, player letih...baru lepas main ngan AC Milan hari tu...mungkin la kot...tapi at least MU dah dapat rest sabtu lepas sebab tak terlibat dengan FA Cup, so Alex patut prepare player dia untuk 2 game yang tough tu...

Sekarang point difference dgn Chelsea dah jauh...dah 4 point. Esok MU akan lawan ngan West Ham lak. Walaupun main kat Old Trafford, tapi West Ham pun tengah dalam moral tinggi...baru lepas menang 3-0 ngan Hull. Kalu menang dengan West Ham, dapat la MU dekatkan skit jarak mata ngan Chelsea...dan harap2 jarak tu kekal kalu Chelsea lak kalah ngan Man City hari Sabtu ni.
Balik pada game sabtu lepas...tabik untuk Everton sebab dua gol diorang masa 2nd half disumbat oleh subsitutes...Gosling ngan Rodwell...MU punya subs...owen, obertan, scholes...hampeh...

Player Everton smua main penuh semangat...tak henti2 attack...tapi MU longlai je...
Ada orang kata sebab masa tu main sebelah petang yang masih panas...pastu masa 2nd half tu MU main kat belah yang ngadap matahari...tu yang teruk main tu...yeke?...sapa cakap tu? ntah la...

Wednesday, February 17, 2010

MU Selangkah ke QFinal UEFA Champions League

Malam tadi ada dua game 1st round kalah mati champions league dah berlangsung...

AC Milan (Ita) vs Man Utd (Eng)
Lyon (Fra) vs R Madrid (Esp)

Resultnya kat sini

Yang penting..."Setan Merah" ku menang...