Friday, December 2, 2011

Back to Roaarr!!

Assalamualaikum...kepada pembaca yang Muslim...dan Salam Sejahtera kepada yang bukan...

Bukan nak bagi ucapan la...nak tulis blog la nii... saja je la bg intro tu sbb dah berkarat dah...lama sangat tak menjengah blog ni. tau..tau je dah nak sampai ujung tahun 2011....

Tahun lepas aku ada citer pasal team bola Harimau Malaya kita selepas diorang menang Piala Suzuki. Dalam tu aku ada cakap pasal harapan aku untuk melihat pencapaian Harimau Malaya di masa-masa akan datang. Untuk tahun 2011 harapan aku ialah supaya team Harimau Muda dapat mempertahankan pingat mas yang diorang menang masa Sukan SEA kat Laos dulu dan dapat layak ke Olympic Game...

So seperti yang kita semua dah pun tau, adik2 Harimau Muda kita dah pun berjaya melaksanakan tugas tu...tahniah untuk korang semua...tak kira macamana pun cara kemenangan tu diperolehi, yang penting kita menang...dah memang adat bola...kalu team tu pegang bola lama dan control sebahagian besar game tu tapi kalu x pandai sumbat gol pun tak guna....Tapi yang paling best sekali, kemenangan tu kita capai di depan penyokong fanatik Garuda...

Macam2 aku tengok orang kita kutuk orang dia dan orang dia kutuk orang kita kat merata2 laman web...youtube, fb dll...tu pun dah memang adat zaman sekarang. tapi harap2 benda tu tak berpanjangan...kita sesama jiran x perlu la nak bermasam muka lagi...SEA Games dengan Piala Suzuki tiap tahun ada bergilir2...bukan macam World Cup...kena tunggu tiap 4 tahun, dah tu kena lepas pusingan kelayakan dulu baru bole masuk...

Apa pun bagi aku satu perkembangan yang sihat bila final dua kejohanan utama Asia Tenggara menyaksikan pertembungan Malaysia dgn Indonesia...dah muak sebenarnya asyik tengok Thailand je yang menang...sekurang2nya Thailand akan sedar diorang bukan lagi kuasa utama bolasepak kat Asia Tenggara ni...

Tu citer pasal SEA Games...satu lagi harapan aku pada Harimau Muda tahun ni ialah untuk melihat diorang mengulangi sejarah tahun 1972 dan 1980 iaitu layak ke olimpik...Walau macamana pun harapan ni nampak macam dah takde harapan. Walaupun pusingan kelayakan zon Asia belum tamat, dan xtau lagi sapa yg dah betul2 layak ke olimpik, peluang negara kita nampak sukar sebab kita dah kalah 3 game pertama kita...dengan Jepun 2-0, Syria 2-0 dan Bahrain 3-2....

Secara atas kertasnya peluang kita untuk dapat tempat kedua kumpulan masih ada...dengan syarat kita mesti menang semua baki perlawanan yang tinggal...x bole seri, kalah lagi la x bole....Dengan syarat jugak Syria mesti kalah semua baki game dia, manakala Bahrain kalah pada kita dan Jepun...So kalu jadi macam tu maknanya kita dapat 9 mata, manakala Syria dgn Bahrain hanya ada 6 mata, Jepun of course la, juara kumpulan dapat 15 mata...Baru la kita bole dapat tempat kedua dan dapat beraksi dalam perlawanan play-off dengan dua lagi naib juara dari kumpulan lain...

Besar harapan aku kalu Harimau Muda dapat beraksi dalam perlawanan play-off tu sebab ia akan diadakan di KL, tak kira kita layak ke play off atau tak...ia tetap akan berlangsung di situ...dan kalau kita menang play off tu, kita kena harungi satu lagi play off dengan wakil afrika pulak...baru bole layak ke London...

Secara peribadi aku dapat lihat peningkatan dalam permainan budak2 Harimau Muda ni...tapi masih banyak lagi yang perlu dilakukan kalau nak terus meningkat...Para penyokong juga kena membantu...jangan la ketika diorang dah naik sikit ni kita sokong gila2 pastu bila tetiba merosot sikit kita terus hentam sampai terbenam dalam tanah...support la team bola kita walau apa pun pencapaian diorang...kalu diorang jatuh...tolong tarik balik bagi diorang bangun...

Hidup Harimau Muda dan Harimau Malaya... aaaaaaaaaauuuuuuuuuummmmmmmmmmm!!!!!!!!!!!

Saturday, April 9, 2011

G2...an invaluable experience...

Fuhhh....(tengah tiup habuk kat blog ni, maklum la lama x berusik). Lepas 3 bulan, aku datang balik menjenguk blog aku ni. Last citer yang aku post, pasal team bola Harimau Malaya (HM)...sementara HM meneruskan perjuangan dalam bolasepak antarabangsa, aku pun memulakan perjuangan dalam salah satu carrier course aku...G2. G2 membawa aku kembali ke PULADA selepas meninggalkannya selama 9 tahun (last time aku kat PULADA, 2002, masa attend YO).

Kepada yang non military, G2 ni adalah carrier course yg paling senior untuk Army. Sapa2 yang pass course ni baru bole dipertimbangkan utk pegi course Staff College sama ada kat Malaysia atau oversea...
Baru dipertimbangkan...belum tentu lagi pegi...sebabnya staff college ni syarat kemasukan agak ketat...ada proses tertentu kena lalu sebelum bole layak gi staff college...so syarat yang pertama, kena la pass G2 dulu...

G2 bole dianggap macam mini staff college la kot...sebab apa yg kitorang kena buat masa G2 lebih kurang macam kat staff college, cuma G2 duration dia 3 bulan, staff college setahun, pastu lak staff college campur dgn air force & navy.


Banyak benda yang aku belajar masa G2 ni, walaupun kebanyakan benda tu adalah benda yang aku pernah belajar dulu...tapi sebab jarang dipraktikkan...lupa la... Apa? kenapa tak practice? macamana nak praktis, benda yg aku dok blaja pasal taktik perang, tapi sebab aku askar yg dok sibuk merepair kereta dan peralatan utk askar lain gi perang, jadi jarang la ada peluang nak praktis...lain la sahabat2 daripada RAMD, RRD, KAD, diorang memang askar perang sejati...bakal2 jeneral.

Dalam askar, kursus memang waktu yang amat menyeksakan. tak kira la kursus untuk pegawai atau pun anggota lain2 pangkat (LLP). Yang menyeksakan tu bukannya apa...cuma terpaksa bermain kejar2 dgn masa. Selalunya kita la yang kejar masa, masa x penah kejar kita, sebab masa terlalu pantas berlalu...

Apsal yang dok sibuk sgt kejar masa tu? Buat apa? Macam2...biasanya masa G2 ni kitorang akan diberi satu assignment pada pukul 3 petang dan kena siapkan assignment selama 8 jam, mesti hantar pukul 11 mlm tu jugak... 8 jam? lama tu....apa? lama...? nampak memang macam lama, tapi entahlah, tiap kali time buat assignment tu, rasa macam masa lari 2 kali ganda lajunya...baru tulis satu page, dah terbang stengah jam. nak kena tulis dekat 30 pages...kalu satu page stengah jam, 30 pages mau 15 jam...masa ada 8 jam je. Pastu bkn nak kena prepare write up je, ada lagi benda2 lain nak kena prepare macam map, sketch, task org...

Tapi tu smua dulu la...masa mula2 baru start kursus, baru nk refresh balik apa yang dah blaja dulu...
Lepas tu bila terer, bagi 6 jam pun sempat siapkn semua...tanpa perlu tengok orang punya atau "paper lama"...

Dah jadi trend pegawai2 yang akan attend G2 untuk cari "paper lama" sebagai persediaan nak gi G2. xde salah apa pun kalu nak simpan paper lama tu...tapi nasihat aku, guna la paper tu sebagai guide sahaja, itu pun hanya utk ditengok sebelum buat sesuatu assignment. Bukan utk ditengok dan disalin masa tengah buat assignment.

Aku rasa kebanyakan org yg suka tiru paper lama ni sebab dia tak konfiden yang dia bole buat. Padahal benda tu bukan susah sangat pun...yang penting cuma nak pastikan yang benda tu logik dan "workable"...Sebabnya bila kita merancang taktik untuk satu2 peperangan tu, taktik kita hanya akan dianggap betul kalu kita menang, kalu kita kalah, confirm la x betul... Tapi dalam keadaan aman ni camana plak nak test taktik kita tu kan? so kena la confirmkan dengan basic principles of war, dgn basic consideration of any phases of war, logik dan experience.

Selepas bertungkus lumus selama 3 bulan, aku pun menamatkan course G2 ni dengan keputusan C grading. Standard pemarkahan dalam tentera memang tinggi. sebab tu biasanya paling tinggi bole dapat pun B...jarang dengar ada orang dapat A grading dalam kursus2 tentera ni...bukan sebab askar bodoh...tapi memang sengaja disetkan standard dia tu tinggi supaya kita sentiasa struggle...dan tak amik mudah semua benda...

Kepada officers yg akan attend G2 siri 2/2011 dan seterusnya...yakin dgn diri sendiri dan berusahalah bersungguh2....

Friday, January 14, 2011

Harapanku Untuk Sang Harimau


Sang harimau kembali mengaum di Asia Tenggara...ngauman itu telah berjaya membawa sebuah motor...eh...piala yang bernama Suzuki... Lebih membanggakan kejayaan membawak balik piala Suzuki tu berlaku selepas setahun kita menang emas Sukan SEA...

Sebagai rakyat Malaysia yang sentiasa support national team walaupun masa zaman kejatuhan diorang dulu...aku memang sangat2 bangga & happy...rasa macam baru menang World Cup...

Adakah itu petanda kebangkitan bolasepak Malaysia? Kalau betul, Alhamdulillah...kalau tak...hampehlah...

Aku risau satu je...atlet Malaysia ni kadang2 diorang ada satu sindrom, sindrom x bole dipuji melambung. sebab bila dipuji je tiba2 diorang merosot...kebanyakannya macam tu...tapi ada gak la yang maintain...macam Nicol David tu... . Jadi aku risau gak kalau2 team Harimau kita pun tiba2 merosot.

Memang la kemerosotan tu sesuatu yang x bole dielakkan. Team yang kuat pun kadang2 bole merosot...tengok je la macam Liverpool. Jarang Liverpool tukar manager dalam masa x sampai 1 musim...skrg Hodgson pun dah diganti dengan Dalglish. Mampu ke Dalglish pulihkan balik Liverpool? Bagi aku kalu dia bole pun mungkin bukan masa season ni. Sbb dia baru take over, player Liverpool yang ada sekarang ni bukan yg ada masa zaman dia jadi manager dulu... dia nak kena kenal setiap player, apa kelebihan dan kekurangan diorang, macamana diorang punya perangai...

Ok balik cerita pasal team Harimau kita... Sekarang rata2 peminat bola mula mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada team harimau. Macam tu gak aku...so apa harapan aku pada team harimau untuk 10 tahun yang akan datang?

1.   2011 - Sukan SEA Jakarta - Pertahankan pingat emas yg kita menang dulu.
               - Layak ke Sukan Olimpik London 2012.

2.   2012 - Kalau layak ke Sukan Olimpik, harap dapat lepas peringkat kumpulan.
               - Pertahankan Piala Suzuki.

3.   2013 - Menang emas Sukan SEA lagi...
               - Layak ke pusingan Akhir kelayakan Piala Dunia Zon Asia

4.   2014 - Andai layak ke Piala Dunia, tu pun dah kira ok...tapi kalu dapat masuk 2nd round lagi bagus.
               - Menang piala suzuki lagi
               - oh tahun ni ada Sukan Asia gak...harap dapat layak sampai suku akhir
               - Layak ke Piala Asia

5.   2015 - Menang emas Sukan SEA lagi...
               - Kalu layak ke Piala Asia, harap2 dapat lepas peringkat kumpulan
               - Layak ke Sukan Olimpik 2016

6.   2016 - Kalu layak ke Sukan Olimpik harap dapat masuk quarter final
               - Menang piala Suzuki lagi...

7.   2017 - Menang emas Sukan SEA lagi...
               - Layak ke Piala Dunia Zon 2018

8.   2018 - Andai layak ke Piala Dunia, harap2 dapat lepas at least sampai 2nd round .
               - Menang piala suzuki lagi
               - Sukan Asia ...harap dapat layak sampai semi final
               - Layak ke Piala Asia 2019

9.   2019 - Menang emas Sukan SEA lagi...
               - Kalu layak ke Piala Asia, harap2 dapat lepas suku akhir
               - Layak ke Sukan Olimpik 2020

10. 2020 - Kalu layak ke Sukan Olimpik harap dapat masuk semi final
               - Menang piala Suzuki lagi...

Tu je harapan aku pada Skuad Harimau Malaya untuk tempoh 10 tahun bermula tahun ni...walaupun mungkin ada harapan yang nampak macam melampau, tapi bagus untuk jadi motivasi dan pembakar semangat. Lagipun orang kata bila kita nak letak target, kena letak pada target yang sejauh mungkin, sebab bila kita letak target yang tinggi kita akan kerja keras untuk capai target tu, kalu x berjaya capai pun at least kita tau kita dah try sehabis baik... Tapi kalu kita letak target rendah2, kita sendiri pun xkan kerja keras dan usaha kita pun sambil lewa je...