Friday, December 2, 2011

Back to Roaarr!!

Assalamualaikum...kepada pembaca yang Muslim...dan Salam Sejahtera kepada yang bukan...

Bukan nak bagi ucapan la...nak tulis blog la nii... saja je la bg intro tu sbb dah berkarat dah...lama sangat tak menjengah blog ni. tau..tau je dah nak sampai ujung tahun 2011....

Tahun lepas aku ada citer pasal team bola Harimau Malaya kita selepas diorang menang Piala Suzuki. Dalam tu aku ada cakap pasal harapan aku untuk melihat pencapaian Harimau Malaya di masa-masa akan datang. Untuk tahun 2011 harapan aku ialah supaya team Harimau Muda dapat mempertahankan pingat mas yang diorang menang masa Sukan SEA kat Laos dulu dan dapat layak ke Olympic Game...

So seperti yang kita semua dah pun tau, adik2 Harimau Muda kita dah pun berjaya melaksanakan tugas tu...tahniah untuk korang semua...tak kira macamana pun cara kemenangan tu diperolehi, yang penting kita menang...dah memang adat bola...kalu team tu pegang bola lama dan control sebahagian besar game tu tapi kalu x pandai sumbat gol pun tak guna....Tapi yang paling best sekali, kemenangan tu kita capai di depan penyokong fanatik Garuda...

Macam2 aku tengok orang kita kutuk orang dia dan orang dia kutuk orang kita kat merata2 laman web...youtube, fb dll...tu pun dah memang adat zaman sekarang. tapi harap2 benda tu tak berpanjangan...kita sesama jiran x perlu la nak bermasam muka lagi...SEA Games dengan Piala Suzuki tiap tahun ada bergilir2...bukan macam World Cup...kena tunggu tiap 4 tahun, dah tu kena lepas pusingan kelayakan dulu baru bole masuk...

Apa pun bagi aku satu perkembangan yang sihat bila final dua kejohanan utama Asia Tenggara menyaksikan pertembungan Malaysia dgn Indonesia...dah muak sebenarnya asyik tengok Thailand je yang menang...sekurang2nya Thailand akan sedar diorang bukan lagi kuasa utama bolasepak kat Asia Tenggara ni...

Tu citer pasal SEA Games...satu lagi harapan aku pada Harimau Muda tahun ni ialah untuk melihat diorang mengulangi sejarah tahun 1972 dan 1980 iaitu layak ke olimpik...Walau macamana pun harapan ni nampak macam dah takde harapan. Walaupun pusingan kelayakan zon Asia belum tamat, dan xtau lagi sapa yg dah betul2 layak ke olimpik, peluang negara kita nampak sukar sebab kita dah kalah 3 game pertama kita...dengan Jepun 2-0, Syria 2-0 dan Bahrain 3-2....

Secara atas kertasnya peluang kita untuk dapat tempat kedua kumpulan masih ada...dengan syarat kita mesti menang semua baki perlawanan yang tinggal...x bole seri, kalah lagi la x bole....Dengan syarat jugak Syria mesti kalah semua baki game dia, manakala Bahrain kalah pada kita dan Jepun...So kalu jadi macam tu maknanya kita dapat 9 mata, manakala Syria dgn Bahrain hanya ada 6 mata, Jepun of course la, juara kumpulan dapat 15 mata...Baru la kita bole dapat tempat kedua dan dapat beraksi dalam perlawanan play-off dengan dua lagi naib juara dari kumpulan lain...

Besar harapan aku kalu Harimau Muda dapat beraksi dalam perlawanan play-off tu sebab ia akan diadakan di KL, tak kira kita layak ke play off atau tak...ia tetap akan berlangsung di situ...dan kalau kita menang play off tu, kita kena harungi satu lagi play off dengan wakil afrika pulak...baru bole layak ke London...

Secara peribadi aku dapat lihat peningkatan dalam permainan budak2 Harimau Muda ni...tapi masih banyak lagi yang perlu dilakukan kalau nak terus meningkat...Para penyokong juga kena membantu...jangan la ketika diorang dah naik sikit ni kita sokong gila2 pastu bila tetiba merosot sikit kita terus hentam sampai terbenam dalam tanah...support la team bola kita walau apa pun pencapaian diorang...kalu diorang jatuh...tolong tarik balik bagi diorang bangun...

Hidup Harimau Muda dan Harimau Malaya... aaaaaaaaaauuuuuuuuuummmmmmmmmmm!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment