Friday, May 14, 2010

Good Luck....


Tak lama je lagi lepas post ni dipublish skuad Piala Thomas negara kita akan berdepan dengan skuad China untuk merebut tempat ke final.

Seperti yang diramalkan memang kita akan lawan China, cuma yang tak tepatnya kita kena lawan China lebih awal iaitu masa semi final sedangkan kita mengharapkan untuk lawan China masa final.

Final atau semi final tak penting. Kalau memang ada rezki kita menang Piala Thomas tahun ni, jumpa la kat peringkat mana pun, kita tetap akan menang. So macamana peluang kita petang ni? Buleh ke kita bungkus China? Nak bungkus barangan buatan China mungkin boleh...

Tapi sebagai rakyat Malaysia, kita kena la sokong negara kita kan...dah negara kita masuk bertanding. Lain la macam World Cup yang negara kita tak layak tu...yang tu bole la kalu kita nak sokong England ke Argentina ke, dah negara kita takde.

Atas kertas memang nampak peluang negara kita nak menang agak susah. Betul2 yang kita bole harap pun cuma Chong Wei dengan Boon Heong dan Kien Kiat sebab dua2 tu adalah no 1 dalam kategori masing2. Lagi pun diorang ni la yang tak pernah miss bagi point pada team kita dalam setiap game.Choon Han, dah masuk kategori veteran. Fairuz dan Zakry, macam yoyo, ni pun tak tau la sama ada Zakry akan team up balik dengan Fairuz atau dengan Thien Haw macam masa lawan Denmark ari tu. Hafiz lagi satu misteri, lepas menang All-England 2003, terus menjunam. Tapi kalau hantu tahun 2003 tu tiba2 datang merasuk balik si Hafiz ni, kita ada harapan la skit.

Apa pun, kita tunggu la game ni nanti. Harap2 berkat hari Jumaat ni, bole la bagi tuah kat team kita. Kita mungkin x bole kalahkan China dengan 3-0. Sebab China pun so far x penah fail utk menang 3-0 dalam game2 sebelum ni. Ramalan aku, orang atau beregu yang akan bagi point pada team kita hari ini adalah sama dengan yang bagi point masa lawan Denmark... Malaysia Boleh.....!!! (Bole menang ke, boleh kalah, tak tau lagi...tapi kira dua2 bole laaaa...)

No comments:

Post a Comment