Friday, May 14, 2010

Good Luck....


Tak lama je lagi lepas post ni dipublish skuad Piala Thomas negara kita akan berdepan dengan skuad China untuk merebut tempat ke final.

Seperti yang diramalkan memang kita akan lawan China, cuma yang tak tepatnya kita kena lawan China lebih awal iaitu masa semi final sedangkan kita mengharapkan untuk lawan China masa final.

Final atau semi final tak penting. Kalau memang ada rezki kita menang Piala Thomas tahun ni, jumpa la kat peringkat mana pun, kita tetap akan menang. So macamana peluang kita petang ni? Buleh ke kita bungkus China? Nak bungkus barangan buatan China mungkin boleh...

Tapi sebagai rakyat Malaysia, kita kena la sokong negara kita kan...dah negara kita masuk bertanding. Lain la macam World Cup yang negara kita tak layak tu...yang tu bole la kalu kita nak sokong England ke Argentina ke, dah negara kita takde.

Atas kertas memang nampak peluang negara kita nak menang agak susah. Betul2 yang kita bole harap pun cuma Chong Wei dengan Boon Heong dan Kien Kiat sebab dua2 tu adalah no 1 dalam kategori masing2. Lagi pun diorang ni la yang tak pernah miss bagi point pada team kita dalam setiap game.Choon Han, dah masuk kategori veteran. Fairuz dan Zakry, macam yoyo, ni pun tak tau la sama ada Zakry akan team up balik dengan Fairuz atau dengan Thien Haw macam masa lawan Denmark ari tu. Hafiz lagi satu misteri, lepas menang All-England 2003, terus menjunam. Tapi kalau hantu tahun 2003 tu tiba2 datang merasuk balik si Hafiz ni, kita ada harapan la skit.

Apa pun, kita tunggu la game ni nanti. Harap2 berkat hari Jumaat ni, bole la bagi tuah kat team kita. Kita mungkin x bole kalahkan China dengan 3-0. Sebab China pun so far x penah fail utk menang 3-0 dalam game2 sebelum ni. Ramalan aku, orang atau beregu yang akan bagi point pada team kita hari ini adalah sama dengan yang bagi point masa lawan Denmark... Malaysia Boleh.....!!! (Bole menang ke, boleh kalah, tak tau lagi...tapi kira dua2 bole laaaa...)

Wednesday, May 5, 2010

Pemaleh betul laaa...!!!

Sapa pemaleh tu? aku le sapa lagi...Maleh nak mengupdate blog ni...bukan maleh apa. Tapi takpe la kan sebab aku pun bukan penulis blog tegar...follower pun tak ramai...tulis pun ikut dan je...tak macam my sweetheart yang selalu rajin update blognya...bukan satu...tapi 2 blog, termasuk blog cekelatnya...dah tu siap bukak, baca dan komen blog follower2 dia.

Nak kata dia banyak masa sebab dia x keja? ye memang dia x keje, tapi dia x keje macam orang lain yang keje opis gaji cukup bulan...dia keje dengan diri sendiri...sendiri jadi bos...sendiri jadi kuli...dan x lupa gak keje wajib dia menguruskan rumah tangga dan anak2 (buah). For me, she is the wonderful wonder woman...iron lady dan apa2 je la panggilan yang sesuai untuk wanita2 yang gagah perkasa ni...

Kesimpulannya...sapa2 yang ada blog tu rajin2 la tulis blog... Tapi jangan la salah gunakan blog untuk pecah belahkan masyarakat. gunakan la saluran blog ni untuk mengukuhkan ukhwah sesama Muslim dan berbaik2 dengan yang bukan Muslim. Sebab tu la aku tak berapa berani nak tulis benda2 yang sensitif dalam blog aku. Balik2 cerita pasal sukan je...sebab aku memang tak berapa nak cerita sangat pasal diri aku...aku suka cerita apa yang berlaku di sekeliling...

Kalau nak tau apa aku buat, mana aku pegi, baca je blog bini aku, lagi sedap dia citer. tapi tengok gak la kalu ada apa2 pasal diri aku yang bole share dengan korang, aku bubuh la kan....

Monday, March 29, 2010

Been Denied for the 300...why?

I have received a letter from the Institution of Engineer Malaysia (IEM) which approved my application to be registered as a graduate member of IEM, which also allow me to use the title of Engr in front of my name. According to some of my friends and some senior brothers, i am also eligible to receive monthly technical allowances of rm300 for being IEM member.

The main reason of joining the institution is just to make an early step of pursuing the title of Ir. But if i was eligible for the allowance, why not trying to get it?

So I've submit my application to EME Directorate to be forwarded to HR Dept. But the feedback i received really disappoint me. The application have been rejected because my degree is just an entrance qualification. meaning that i am not eligible because the degree was awarded before i join the service.

This matter is confusing me. If i am not eligible because of the status of my degree...why others are eligible for just being the IEM member? They were also graduated before joining the services and i'm also IEM member. I will fight this matter with those who may concern...and if i'm still not eligible...those who already enjoying that 300 will have same fate as me...

bukan nak dengki...cuma nak kan keadilan je...aku x kisah kalau alasan penolakan tu disebabkan kerajaan dah xde duit untuk sebarang tambahan elaun kepada kakitangannya, tapi setakat 300 untuk aku sorang apa la sangat...3.6k je setahun...

Sunday, March 28, 2010

EPL makin sengit....

Baru je berkira-kira nak kutuk Chelsea lepas diorang cuma mampu seri dengan Blackburn minggu lepas...tiba-tiba je plak hari Sabtu lepas Chelsea jadi singa lapar yang dah seminggu tak makan dengan membelasah Aston Villa 7-1. Kalau yang dibelasah tu Portsmouth atau Hull mungkin aku tak berapa heran sangat...tapi...Aston Villa.!!

Semua orang tau Aston Villa bukan senang2 nak dikalahkan, jadi bila tengok keputusan tu, aku pun konpius...adakah Chelsea memang kuat gila, atau Villa yang main tahapahapa... Ye memang aku tak tengok game tu...sebab aku ada kat kampung...umah bapak aku ada astro tapi tak ada sport package...Umah aku pun xde gak..hahahah so kalu aku ada kat umah pun tak tengok gak...lagi pun sebab Chelsea yang main kan...kalu MU yang main memang aku akan usahakan untuk tengok di kedai mamak terdekat..

Game Chelsea lawan Villa sabtu lepas tu berlangsung awal sket sebelum game MU lawan Bolton. Jadi selepas tengok Chelsea belasah Villa sampai 7-1 di Stamford Bridge adakah semangat player MU jadi luntur? Tidak sama sekali...walaupun MU main kat Reebok Stadium, MU masih mampu membelasah Bolton 4-0. Sekarang dua2 team dah mengharungi 32 game dengan MU cuma leading Chelsea 1 point je.

Agak malang untuk Arsenal sebab hanya mampu seri dengan Birmingham, menyebabkan diorang sekarang 3 mata di belakang Chelsea dan 4 mata di belakang MU. Tapi secara matematiknya, diorang belum terkeluar lagi dari perebutan juara liga.

Keputusan perlawanan Sabtu lepas sekadar membuatkan aku tak sabar2 menunggu game MU-Chelsea sabtu ni. Macam biasa lokasinya ialah di Restoran Siti Ramizah Maju, Taipan Senawang. Kalu ikut masa perlawanan lebih kurang pukul 12.45 (GMT) kira pukul 10.45 waktu malaysia la kot...bole la...tak la lewat sangat...

Kalu menang, confirm MU champion, tapi kalu Chelsea yang menang...tak tentu lagi Chelsea champion...ngeh..ngeh..ngeh...

Monday, March 22, 2010

Sibuk laaa...

Semalam MU menang ngan Liverpool...tapi aku x sempat nak buat post baru pasal tu. Tunggu la esok kalau free...sesi ngutuk Chelsea akan berlangsung...

Thursday, March 18, 2010

Mesti Tonton Tahun Ni...

Beberapa minggu lopeh aku gi tengok movie dengan Nowwa tercinta, cerita Percy Jackson dan Pencuri Petir. Ceritanya pasal anak tuhan orang Greek la kan...ala yang nama Zeus la, Poseidon la semua tu. Aku pun mula tau pasal nama tuhan greek ni pun  masa dok gila main game Age of Mythology dulu...

Kononnya dalam cerita tu, masa zaman moden ni tuhan2 greek tu masih ada lagi. Dah tu plak masing2 siap boleh buat anak lagi dengan manusia. Tapi diorang tak bole jumpa pun anak2 diorang tu, cuma bole bagi bisikan je bagi nasihat ke, bagi guide kalu ada masalah ke. Tapi budak2 yang demi-god ni  ada la kelebihan masing2. Yang si Percy Jackson ni sebab dia anak Poseidon, tuhan air, maka dia bole duduk menyelam dalam air lama2, pastu kalu dia sakit ke luka ke, sentuh air je dia bole baik. Pastu kalu dia sentuh air pastu tangan sebelah lagi sentuh orang yang sakit, orang tu pun bole baik.

Tapi aku bukan nak cerita pasal citer Percy Jackson ni, aku nak cerita pasal cerita Clash of The Titans...hahaha...mesti ramai yang tertunggu2 citer ni kan? termasuk la aku..Cerita ni pun lebih kurang macam cerita Percy Jackson tu jugak la. Tapi yang ni cerita pasal Perseus, anak Zeus pulak. Pastu dia berlatar belakangkan zaman greek kuno tu, bukan zaman moden. Cerita ni pernah dibuat dulu...dalam tahun 1981. masa tu aku memang tak tahu apa la...baru 3 tahun.
 Clash of the Titans (1981)

Clash of the Titans (2010)

Aku tak sabar2 sangat nak tengok cerita ni sebab aku memang suka tengok cerita yang berlatar belakangkan zaman2 purba macam tu la, zaman orang dok berperang guna pedang, lembing ngan panah ni. so cerita2 macam Gladiator, Kingdom of Heaven, Troy, 300 dan banyak lagi tu, memang cerita kegemaran aku la tu.

Antara pelakon dalam cerita ni ialah Sam Worthington (sebagai Perseus atau anak Zeus), Liam Neeson (sebagai Zeus) dan Ralph Fiennes (sebagai Hades). Cerita ni akan mula ditayangkan pada 2 April 2010, tapi tak tau la kat Malaysia bila startnya....yang penting cerita ni aku mesti tengok kat cinema dan bukan kat DVD. Tapi kalau ceritanya memang best dan berbaloi tengok banyak kali, baru la aku beli dvd dia plak untuk dilayan di Nowwa's 32" Samsung LCD TV...

Kalu nak tengok trailer cerita ni, tengok la kat sini...

Tuesday, March 16, 2010

Parlimen...Apa Cerita Pulak Kali ni


Semalam DYMM SPB Agong dah merasmikan persidangan Dewan Rakyat yang ke 12 penggal yang ke-3. Mesti ramai yang tertunggu2 apa pulak yang nak terjadi masa perbahasan parlimen tu nanti. Kena pulak persidangan kali ada sikit perubahan dari segi keahlian wakil rakyatnya apabila ada pertambahan wakil rakyat bebas. Pastu lak ex wakil rakyat PKR Zulkifli Noordin cakap akan ada berlaku kejutan masa persidangan tu nanti. Aku pun tak tau nak ramal apa yang berlaku. Selama ni pun aku tak berapa ambik pusing sangat pasal politik kat negara ni. Bukan tak prihatin...cuma malas je...hahahah.


Aku takde harapkan apa, cuma kalau bole, biar la persidangan kali ni lebih memperlihatkan kematangan para wakil rakyat semasa berbahas. Tak nak la ada yang bergaduh, mengata orang sana, mengata orang sini. Tunjukkan la kredibiliti masing-masing selaku wakil rakyat. Tak kira la pencadang ke pembangkang ke. Eh tu macam pertandingan bahas pulak.Maksud aku kerajaan atau pembangkang la.


Kepada wakil2 rakyat kerajaan terutama Menteri dan timbalan masing2, buat la persediaan untuk jawab soalan2 dari wakil rakyat yang lain. Jangan la pulak absent. Apa yang diorang tanya tu adalah apa yang rakyat tanya kat diorang. Kepada wakil rakyat pembangkang pulak, tanya la benda2 yang betul2 melibatkan masalah rakyat. Jangan la tanya benda2 yang menimbulkan isu sensitif. Gunakan peluang jadi pembangkang untuk pastikan apa yang kerajaan buat betul2 bermanfaat untuk rakyat.


Peranan pembangkang bukannya pikir macamana nak tumbangkan kerajaan sekarang, tapi untuk memastikan kerajaan sekarang mentadbir dengan jujur dan amanah. Sekarang dah ramai pembangkang kat parlimen, jadi guna la peluang tu untuk bangkang apa yang tak betul. Memang la anda adalah wakil rakyat pembangkang, tapi bukan semua benda anda kena bangkang. Sebagai orang-orang yang bijaksana (kalau tak bijak tentu anda semua tak dipilih jadi wakil rakyat, dan harap2 anda memang betul2 bijak), anda tentu boleh menilai perkara yang betul dan tak betul.

Elakkan la berbahas pasal benda yang tak melibatkan kepentingan rakyat contohnya macam kes liwat Ketua Pembangkang yang masih dalam perbicaraan. Atau cerita pasal wakil rakyat keluar parti ke, cerita wakil rakyat kahwin artis ke (hahaha...bertuah badan Bung Mokhtar...congrats anyway), apa-apa aje la. Yang tu semua contoh aje...

Ok la apa2 hal pun untuk semua wakil rakyat, selamat bersidang...