Tuesday, March 16, 2010

Parlimen...Apa Cerita Pulak Kali ni


Semalam DYMM SPB Agong dah merasmikan persidangan Dewan Rakyat yang ke 12 penggal yang ke-3. Mesti ramai yang tertunggu2 apa pulak yang nak terjadi masa perbahasan parlimen tu nanti. Kena pulak persidangan kali ada sikit perubahan dari segi keahlian wakil rakyatnya apabila ada pertambahan wakil rakyat bebas. Pastu lak ex wakil rakyat PKR Zulkifli Noordin cakap akan ada berlaku kejutan masa persidangan tu nanti. Aku pun tak tau nak ramal apa yang berlaku. Selama ni pun aku tak berapa ambik pusing sangat pasal politik kat negara ni. Bukan tak prihatin...cuma malas je...hahahah.


Aku takde harapkan apa, cuma kalau bole, biar la persidangan kali ni lebih memperlihatkan kematangan para wakil rakyat semasa berbahas. Tak nak la ada yang bergaduh, mengata orang sana, mengata orang sini. Tunjukkan la kredibiliti masing-masing selaku wakil rakyat. Tak kira la pencadang ke pembangkang ke. Eh tu macam pertandingan bahas pulak.Maksud aku kerajaan atau pembangkang la.


Kepada wakil2 rakyat kerajaan terutama Menteri dan timbalan masing2, buat la persediaan untuk jawab soalan2 dari wakil rakyat yang lain. Jangan la pulak absent. Apa yang diorang tanya tu adalah apa yang rakyat tanya kat diorang. Kepada wakil rakyat pembangkang pulak, tanya la benda2 yang betul2 melibatkan masalah rakyat. Jangan la tanya benda2 yang menimbulkan isu sensitif. Gunakan peluang jadi pembangkang untuk pastikan apa yang kerajaan buat betul2 bermanfaat untuk rakyat.


Peranan pembangkang bukannya pikir macamana nak tumbangkan kerajaan sekarang, tapi untuk memastikan kerajaan sekarang mentadbir dengan jujur dan amanah. Sekarang dah ramai pembangkang kat parlimen, jadi guna la peluang tu untuk bangkang apa yang tak betul. Memang la anda adalah wakil rakyat pembangkang, tapi bukan semua benda anda kena bangkang. Sebagai orang-orang yang bijaksana (kalau tak bijak tentu anda semua tak dipilih jadi wakil rakyat, dan harap2 anda memang betul2 bijak), anda tentu boleh menilai perkara yang betul dan tak betul.

Elakkan la berbahas pasal benda yang tak melibatkan kepentingan rakyat contohnya macam kes liwat Ketua Pembangkang yang masih dalam perbicaraan. Atau cerita pasal wakil rakyat keluar parti ke, cerita wakil rakyat kahwin artis ke (hahaha...bertuah badan Bung Mokhtar...congrats anyway), apa-apa aje la. Yang tu semua contoh aje...

Ok la apa2 hal pun untuk semua wakil rakyat, selamat bersidang...

No comments:

Post a Comment