Thursday, March 11, 2010

All England, Champions League Update

All England

Ok dalam post semalam aku ada cerita skit pasal penglibatan badminton players kita dalam All England. So hari dah masuk hari ketiga All England, apa pulak ceritanya? Kalau semalam aku bagitau ada 3 player men singles kita dalam 1st round. Semalam dah pun selesai 1st round dan kesudahannya untuk 2nd round tinggal 2 je player kita, Datuk Lee dengan Hafiz.


Datuk Lee berjaya kalahkan Chetand Anand 21-15, 21-16 dan seperti dijangka akan lawan dengan Sony Dwi Kuncoro. Hafiz berjaya kalahkan Yu Hsing Hsieh 21-11,21-5 dan akan jumpa Lin Dan masa 2nd round. Masa ni peluang player untuk ke quarter final agak sukar diramal sebab Datuk Lee walaupun dia world no.1, tapi dia pernah kalah dengan Sony. So peluang untuk menang boleh kira 50:50 gak la. Hafiz, memang aku rasa takde sapa berani jamin dia boleh menang dengan Lin Dan yang walaupun bukan world no.1, tapi Datuk Lee pun banyak kali kalah dengan dia.

Kalau Datuk Lee berjaya kalahkan Sony, lawan dia masa quarter final bole kira senang sikit la, sama ada Chen Long dari China atau Wan Ho Shon dari Korea. Hafiz lak kalau menang dengan Lin Dan (kalau la kan), akan jumpa sama ada Park Sung Hwan atau Bao Chunlai pun bukan calang2 player gak.

Itu la update untuk men single, untuk women single agak menghampakan, satu-satunya player kita dalam 1st round, Wong Mew Choo sudah bungkus...kalah dengan Yanjiao Jiang dari China yang juga merupakan pilihan ke-3. Tak payah la bagitau berapa keputusan dia eh... Ada dua lagi sebenarnya player women single kita dalam All-England ni...Anita Raj dengan Lydia Cheah, tapi dua2 dah bungkus masa qualifying round.

Men's double agak mengecewakan bila beregu harapan, Kien Kiat/Boon Heong bungkus masa 1st round selepas kalah pada Lars Paaske/Jonas Rasmusen. So kita sekarang terpaksa berharap pada beregu veteran Tan Fook/Wan Wah yang menang dengan Hung Ling Chen/Yu Lang Lin dari Taiwan dan beregu junior...tak junior sangat la diorang ni dah selalu gak wakil negara...Gan Teik Chai/Tan Bin Shen yang menang dengan Yohan Hadikusomo Wiratama/Wai Hong Wong dari Hong Kong.

Tan Fook/Wan Wah akan jumpa Gun Woo Cho/Yi Goo Kwon dari Korea...nama pun macam tak biasa dengar...harap2 boleh 'dimakan'. Teik Chai/Bin Shen akan lawan dengan Chai Biao/Zhang Nan...walaupun nama diorang ni pun aku tak biasa dengar dan macam roti nan je bunyinya...tak semestinya diorang ni boleh dimakan dengan mudah sebab diorang adalah dari China.

Women's double lebih menyedihkan...udah le ada satu beregu je wakil, dah pun bungkus masa 1st round. Beregu harapan kita tu (Eei Hui/Pei Tty) kalah dengan beregu Indon...malas la nak sebut nama sebab tak berapa kenal...Mix double pun lebih kurang la...tak payah la sebut sapa wakil kita, yang pastinya dua2 beregu dah bungkus di 1st round lagi...So tinggal 2 single dan 2 double je la lagi yang masih mengibarkan Jalur Gemilang kita...hari ni tak tau lagi apa sudahnya...

MU GANYANG MILAN 4-0

Puas hati aku...walaupun aku tak tengok game tu semalam tapi dapat la tengok highlight kat sini.
Kalau dapat tengok semalam mesti best giler...So sekarang Setan Merah masih dalam laluan untuk menang 3 piala musim ni...satu dah dapat, ada lagi 2.

Gol-gol MU dijaringkan oleh Rooney (min 13,46), Ji Sung (min 59) dan Fletcher (min 88)

No comments:

Post a Comment