Monday, March 8, 2010

Askar Betul Kalahkan Askar 3D

 VS

Kisah ni merupakan kesinambungan daripada kisah sepasang suami isteri yang telah berpisah beberapa tahun dulu...

Si isteri telah menubuhkan sepasukan askar yang terdiri dari beberapa orang manusia tulin manakala si suami telah menubuhkan askar yang terdiri dari makhluk2 berwarna biru yang dihasilkan dari grafik komputer..

Kedua2 bekas pasangan suami isteri ni yang juga dikenali sebagai Encik JC dan Puan KB masing2 sedang bersaing untuk merebut anugerah askar terbaik. Jadi masing sibuk melobi askar masing2. Banyak orang rasa askar En JC akan menang sebab askar dia lain dari yang lain manakala askar Puan KB plak lebih kurang sama je macam askar2 biasa.

Akhirnya pada 7 Mac 2010 yang lalu keputusannya pun diumumkan...Puan KB dan askar2nya telah dipilih sebagai pemenang...Siapakah Puan KB tu? X lain x bukan Katherin Bigelow, director citer The Hurt Locker yang menang award Best Director Oscar Academy hari tu...kalahkan ex husband dia, James Cameron...yang juga faveret untuk award tu...

Sebelum tu aku sendiri pun meramalkan Avatar akan menang...tapi sapa sangka...Ketherine Bigelow telah mencipta sejarah menjadi wanita pertama menang Best Director...Bukan setakat tu aje...udah le telepas hadiah best director, hadiah best motion picture pun x dapat kat Avatar...disapu gak dek Hurt Locker...

Keseluruhannya Hurt Locker menang 6 award...Avatar menang 3 je...

Kepada peminat2 Avatar jangan la kecewa...kita pun xtau camana best tak bestnya citer Hurt Locker tu, sebab x sampai lagi kat Malaysia ni..tapi memang kejutan la...sapa sangka kan?Lain2 kejutan rasanya xde kot...macam anugerah Best Actor pun dapat kat Jeff Bridges...(ingat dapat kat Clooney atau Freeman) tapi mungkin sebab Bridges yang penah belakon dlm Ironman sebagai Obadiah tu x penah menang academy award sebab tu diorang bagi kat dia kot... Best Actress dapat kat Sandra Bullock...aku rasa adil la...sebab Helen Mirren dgn Meryl Streep dah biasa dapat...Carey Mulligan ngan Gaby Sidebe baru lagi...banyak can lagi nak menang.

Kalu nak tengok result untuk lain2 kategori tengok je la kat sini ek...

Dalam post yang dulu aku penah comparekan anugerah academy ni dengan anugerah filem kita dalam bab pencalonan pelakon wanita terbaik. Sekarang aku nak comparekan tentang majlis dia tu plak...tengok pada perjalanan majlis tu pun dah cukup...pengacara dia sempoi je...xde buat lawak2 bodoh cuma lawak yang spontan dan simple tapi kelakar...

Artis2 yang terpilih untuk announce nama calon ngan pemenang pun semuanya bila kat depan audience cakap penuh konfiden dan xde merapu benda bukan2. xde nak tengok2 skrip pun. menunjukkan diorang memang profesional dan tahu pasal bidang yang dia ceburi...

Cuba tengok artis kita...kalu xde skrip...merapu la jawabnya...pastu buat lawak gelak sorang2..
Sama la macam yang menang award pun...artis kita bila diumum jadi pemenang terus jadi macam xtau nak cakap apa...bila cakap merapu2,macam x plan je...memang la kita x sure kita menang ke x, tapi once bila dah dicalonkan tu,ada la peluang nak menang..jangan pikir...'alaa aku ni artis baru...yang lain smua dah experience...mesti diorang yang menang'. x bole la macam tu, harapan kena ada...cuma jangan la terlalu mengharap...tapi preparation untuk ucapan kena ada. kena tau nak cakap tima kasih kat sapa...yang penting2 je la, takut kadang2 sebab terlampau happy ke nervous ke sampai telupa cakap tima kasih kat orang yang sepatutnya...Hehe...aku bukan nak memandai2...bagi cadangan je...kang ada yang kata aku ni plak yang melebih2

Pastu aku tengok academy award tu xde plak nyanyi2 (xtau la kalu ada, sebab yang aku tengok tu rakaman je...mungkin dia dah buang part2 yang ada nyanyi2...tapi xkan la kot) kalu kita punya, lepas satu kategori nyanyi, lepas satu kategori je nyanyi...tapi xpe la kalu nyanyian2 tu boleh menghilangkan kebosanan majlis...

Apa2 hal pun, aku ni bukannya nak mengagung2kan filem dan artis barat atau mengkondem karyawan seni tempatan...sebab aku ngan bini aku kira kaki wayang gak...so kitorang xnak la asyik nak menghabiskan duit layan citer2 hollywood je...nak gak mengkayakan produser2 filem kat Malaysia ni...tapi please la...buat citer yang bermoral skit...bukan xde citer2 melayu yang aku layan...citer2 Allahyarham Yasmin ngan Afdlin selalunya bole masyuk la ngan aku...ok jangan berhenti berkarya...dan berlakon la dengan jujur dan ikhlas...

Adioss...

3 comments:

  1. Betul kan yang..biarla blog u i je yang komen..tapi i tau..apa yg u maksudkan!

    ReplyDelete
  2. Xpe blog baru...mungkin xde sapa lagi nak baca...esok2 ada la tu...heheh

    ReplyDelete