Monday, March 15, 2010

Congrats Dato' Lee & Setan Merah...

Mula-mula tima kasih dulu kat RTM sebab buat siaran langsung final All England semalam...memang la Astro pun ada...tapi aku tak subscribe package sport astro sebab mengenangkan channel2 dia aku tak tengok sangat...bila ada live bola baru tengok...tu pun kalau melibatkan MU dan kalau start lawan sebelum pukul 12 malam. Bergantung gak kalu takde rancangan kat channel lain yang bini aku nak tengok...biasa la orang sayang bini...kena la beralah...heheh

Tak lupa gak aku nak ucap tima kasih pada "abang" kerana jadi follower aku yang ke-2 selepas my dearest Nowwa. Aik baru 2 orang je? Jadi la...aku pun tulis blog pun takde la beria sangat. Takde orang follow aku tak kisah...ada orang follow, tq very much, sapa yang follow blog aku, aku pun akan follow blog dia. Jadi sekarang aku pun dah jadi salah sorang follower blog abang yang dah mencapai 50 orang.

Cerita Dato' Lee
Masih lagi cerita aku kali ni berkisar pasal All England, dan macam yang semua orang tau, Dato' Lee, wakil tunggal kita kat final telah berjaya membuktikan status dia sebagai World No. 1 selepas menang dengan Giant Killer dari Jepun...Kenichi Tago 21-19, 21-19.

Sapa-sapa yang tengok game semalam mesti mengaku kenapa ramai jaguh lain yang berentap dengan dia dalam perlawanan terdahulu tersungkur termasuk 2 jaguh China, Chunlai ngan Chen Jin. Memang dia sorang player yang liat. Aku pun dapat rasakan Dato' Lee pun agak runsing berdepan dengan player ni. Antara kekuatan Kenichi ialah dia muda dan agresif. Lagipun dia takde pressure. Kalu dia tak menang pun dia tak rugi apa. Tapi Dato' Lee memang takde pilihan lain. Kalau sebelum ni dia rasa Lin Dan adalah penghalang dia dalam kebanyakan final, kali ni dia patut rasa lega sebab bukan Lin Dan yang dia jumpa. Tapi dia masih gak tak boleh rasa lega sebab yang dia kena lawan final kali ni walaupun bukan Lin Dan, tapi orang yang telah kalahkan orang yang pernah kalahkan Lin Dan (Chunlai).

Kalau kalah memang Dato' Lee akan tertekan la, sebab kalah dengan player yang orang tak berapa terkenal pada ketika dia bergelar World No.1. Tapi ternyata, pengalaman banyak berpihak pada Dato' Lee dan dibantu gak sedikit nasib. Tengok je la resultnya...betapa peritnya Dato' Lee nak menang walaupun straight set. Apa2 hal pun tahniah Dato' Lee...

Cerita Setan Merah

Pada hari yang sama dan di negara yang sama, team bola faveret aku, Setan Merah telah berjaya merampas balik kedudukan teratas Barclays Premier League daripada Chelsea selepas menang 3-0 dengan Fulham kat Old Trafford.

Sekali lagi penyerang berbisa MU, Rooney mengganas lagi dengan dua lagi gol. Harapan cerah untuk Rooney jadi top scorer musim ni. Setakat ni je dia dah sumbat 25 gol dalam liga lebih 4 gol dari Drogba kat tempat ke-2. Satu lagi gol MU disumbat oleh Berbatov.

Nampak gayanya persaingan merebut kejuaraan antara MU, Chelsea dengan Arsenal makin sengit. mungkin pemenang hanya boleh diketahui masa perlawanan terakhir liga nanti. Aku tak berapa kisah sangat kalau Arsenal menang liga, sebab Arsenal pun salah satu team pilihan aku selain MU dan Liverpool, sebab aku adalah Die Hard Fan Arsenal, Die Harder Fan Liverpool dan Die Hardest Fan MU. Kenapa aku tak berapa minat Chelsea, sebab aku tak berapa sukakan owner dia, Roman Abramovich yang manjang nak tuka manager bila orang tu tak mencapai apa dia nak.

Tengok macam Arsenal, berapa lama dia simpan Wenger walaupun lama Arsenal tak menang piala. sekurang-kurangnya Arsenal konsisten, sentiasa duduk dalam top 4. Liverpool plak sebenarnya dulu kelab faveret aku no.1. Tapi semenjak diorang tuka penaja jersi diorang kepada Carlsberg menyebabkan aku dah tak boleh nak beli dan pakai jersi diorang lagi, tu yang sekarang MU jadi faveret no.1. Lagipun prestasi Liverpool dalam 10 tahun kebelakangan ni tak sebaik MU.

Mesti Ronaldo sekarang tengah menyesal sebab keluar dari MU. Ketika MU bergumbira layak ke quarter final Champions League, Real Madrid lak malu tak terkata lepas disingkirkan oleh Lyon....Hahahah

No comments:

Post a Comment