Thursday, March 4, 2010

Academy Award vs FFM

Sebut pasal filem, kalau aku tanya kat korang suka cerita melayu ke hollywood, mesti ramai yang akan cakap hollywood. Kalau aku tanya diri sendiri pun aku akan cakap cerita hollywood.

Kenapa kita lagi suka tengok cerita2 mat salleh daripada cerita orang kita?mungkin salah satu faktornya cerita diorang memang best.di kalangan pelakon2 dia pun memang best2. bila aku bandingkan cerita orang putih dengan cerita melayu,aku rasa orang putih lebih mementingkan bakat sorang pelakon tu daripada rupa dia. Buktinya, kita boleh tengok dalam dua anugerah filem, Academy Award dengan Festival Film Malaysia. Aku amik contoh Academy Award yang akan berlangsung tak lama lagi dengan FFM 22 tahun lepas. Kita tengok pencalonan kategori pelakon wanita terbaik je untuk kedua2 anugerah

Academy Award 2010


FFM 22

Cuba bandingkan antara calon2 pelakon wanita terbaik dalam kedua2 anugerah tu, kita dapat tengok calon2 untuk Academy Award ada yang muda, yang tua dan ada gak sorang pompuan negro yang berbadan XXL. Tengok plak calon untuk FFM, boleh katakan semuanya muda2 dan slim2 belaka.

Bukan setakat FFM yang ni je,hampir kebanyakan FFM yang sebelum ni calon2 pelakon wanita terbaik adalah dari kategori yang macam tu. adakah pihak yang memilih calon2 ni memang jenis yang suka tengok perempuan2 muda dan slim je?atau memang pelakon2 yang muda dan slim ni je yang pandai berlakon kat malaysia ni? Betul ke diorang ni memang terer belakon? Dlm semua 5 orang tu kira semuanya dah biasa berlakon kecuali Heliza. tak salah aku dia baru 1st time berlakon filem...terus jadi calon untuk pelakon wanita terbaik. memang terer betul ke dia?

Mungkin dia memang boleh berlakon. Lagipun kita x bole salahkan pihak yang memilih calon2 pemenang ni. Bukan diorang sengaja nak pilih yang muda2 dan slim2. Tapi dah kebanyakan filem2 kita memang heroin dia semua yang muda2. mana ada lagi pelakon2 veteran jadi heroin? ada lagi ke sekarang nampak Azean Irdawaty atau Mak Mah jadi heroin? Takde dah...yang tua2 semua jadi supporting je...yang badan besar macam Enot dengan Adibah Noor pun mana ada pengarah yang nak bagi jadi heroin...pun sama gak pembantu je.
Kenapa agaknya tak ada filem2 kita yang nak mengetengahkan pelakon2 veteran dan saiz XXL jadi heroin? Takut filem tak laku? atau memang selera penggemar2 filem melayu ni, suka tengok heroin yang cun2 dan muda2 je?

Kenapa mat salleh yang heroin2 filem dia tua2 dan badan besar ada je orang tengok? tapi selalunya pun citer2 orang putih yang ada heroin dari kategori yang macam tu adalah citer2 yang agak berat, yang memang banyak bercakap daripada adegan tembak menembak, kejar mengejar atau bertumbuk. tapi ada orang yang layan citer macam tu dan faham apa yang citer tu nak sampaikan. dan sebab citer2 macam ni adalah citer2 dari kategori yang berat, watak dalam citer tu pun selalunya watak yang susah nak dibawak. so bila pelakon yang diberi watak tu berjaya membawa watak tu dengan baik, dapat la dia dicalonkan walaupun dah tua atau gemuk.

Memang aku kagum ngan Gaboury Sidebe tu. 1st time belakon trus dapat pencalonan academy award. kalau dia duduk kat malaysia ni, sampai ke sudah la tak merasa. Aku belum tengok pun lagi lakonan dia dalam citer Precious tu, abih dah citer tu pun tak sampai lagi kat Malaysia ni. Tapi kalau sampai pun belum tentu aku tengok lagi...heheheh. aku pun pilih2 gak citer nak tengok...Tapi sapa sangka la kan. Dalam sejarah Academy Award ada sorang je pompuan negro yang penah menang best actress ni.  tu pun sebab dia negro yang cun, sapa lagi kalu bukan Halle Berry.

So kesimpulannya...apa..? Korang simpulkan la sendiri...aku tulis je apa yang aku nak tulis, apa yang korang rasa aku nak sampaikan, terpulang la pada penilaian masing2. Sebab nak citer lebih2 aku bukannya pengkritik filem yang bertauliah. main kritik2 gitu2 je...Walau macamanapun masih ada dalam hati aku untuk tengok satu hari nanti ada citer melayu yang setanding dengan citer hollywood dan kalu bole tercalon sebagai filem asing terbaik dalam anugerah tu...

1 comment:

  1. Mmmm...itulah..kalau filem bagus sure kita layan kan yang..nak buat camana..kadang2 baru intro je dah rasa nak kuar wayang dah...mmm..movie ek wknd ni..jom..list ada kat blog I..hahhaha..

    ReplyDelete